| Sumber google |
Dalam kesibukan beraya, saya sempat belajar cara buat kek batik yang paling mudah, sempoi dan yang penting pasti menjadi. Dah test pun! Anda nak ikut dan cuba cara saya? Meh..
Resepi Kek Batik
- anggaran penyediaan untuk 10 orangBahan-bahannya:
1. Satu bungkus butter
2. 1 tin susu pekat manis
3. 2 sudu makan gula
4. 1 cawan nestum
5. 2 cawan milo
6. 1 cawan kacang tanah goreng - ditumbuk kasar
7. Biskut marrie 1 bungkus (setiap keping dipatah enam)
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan kuali
2. Masukkan butter dan biarkan cair seketika. Kemudian masukkan susu pekat manis dan gula. Gaul rata.
3. Masukkan nestum, Milo, kacang dan biskut marrie. Kacau lagi hingga rata.
4. Simpan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
5. Sedia untuk dimakan.
Dengan cara di atas, resepi kek batik ringkas anda pasti menjadi. Kalau nak lagi sedap, simpan seketika di dalam peti ais.
Nota tambahan:
Jika anda mahu kurangkan manis, mungkin boleh kurangkan susu kepada 3/4 tin sahaja.

Ini resipi yang paling saya suka.. Senang je nak buat..
ReplyDeleteBetul tu mom..main campak2 jer..
DeleteKek Batik
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/kek-batik.html
sedapnya... ni kek yang paling saya suka.. saya cpingin cuba buat di rumah.. boleh tak nestum nak ganti oat?
ReplyDeleteTHanks,
Resepi Zurayda
Boleh juga...tapi blender sekejap oat agar tidak terlalu kasar. TQ
Delete