Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Surah As Syura Dan Zikir Al Latif Untuk Melembutkan Hati

Doa Surah As Syura Dan Zikir Al Latif Untuk Melembutkan Hati - Kuasa DOA boleh memungkinkan segalanya! Kerana, bagi Allah tidak ada yang mustahil. Tapi semua itu hanya terjadi menurut kehendak-Nya, bukan menurut kemahuan dan keinginan kita. Allah akan memberikan bantuannya disaat yang tepat dan diperlukan.

Bukankah hanya Allah sahaja Perancang Maha hebat buat kita?


Doa Surah As Syura Dan Zikir Al Latif Untuk Melembutkan Hati 





Maksudnya,

“ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Cara Amalan Zikir Al Latif 


1) Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran 


baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura,

'Allahu latifum bi 'ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul 'aziz'  

bermaksud: 

“Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.


2) Untuk melembutkan hati anak, suami atau isteri

Bacalah,

1) Astaghfirullaahal'azhiim X 3

2) Niat atau doa anda kepada Allah s.w.t. apa yang dihajatkan

3) Baca Asma Ul Husna iaitu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif X 7

4) Baca Surah As Syura ayat 19,

'Allahu latifum bi 'ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul 'aziz x 7

5) Baca Surah Ali Imran Ayat 200,



'Ya ayyuhal lazii n'aamanusbiru wa sobiru wa raabitu,wattaqullaha la'allakum tuflihun x 7


Maksudnya,

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).


Caranya adalah dengan meletakkan tangan anda ke dada anak/pasangan itu sambil dibaca ayat di atas. Setelah itu, hembuslah pada dada anak tersebut. Lakukan tiap-tiap malam semasa anak/pasangan anda sedang tidur. 

Semoga doa zikir al Latif untuk melembutkan hati pasangan dan anak-anak di atas, mampu diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Hanya kepada Allah kita berserah. 

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum.

    bacaan ya latif menjadi wirid selepas solat maghrib dan subuh klu ditempat ayie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Iya...zikir ya Latif antara asmaul husna yang sering saya baca juga..alhamdulillah

      Delete
  2. Nak tanya lau nak zikir ya latif..kita kena sbut ya latif ya kaffi ke atau sebut ya latif je

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Kalau pasangan berada jauh, bagaimana?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close