Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Bila Hati Berbicara Slot Akasia TV3

Drama Bila Hati Berbicara Slot Akasia TV3 - Slot Akasia menayangkan sebuah lagi drama melayu yang menarik bagi menggantikan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali. Drama melayu berjudul Bila Hati Berbicara itu juga adalah sebuah drama yang diadaptasi dari novel jugak.





Bila Hati Berbicara adalah karya novelis Antasya Balkis yang diterbitkan oleh Buku Prima.

Sinopsis Drama Bila Hati Berbicara


Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

Info Ringkas Drama Bila Hati Berbicara


JUDUL DRAMA: BILA HATI BERBICARA
JUMLAH EPISOD : 32 episod
TARIKH : 28 Oktober 2014
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Amie Maziah
SKRIP : Sharifah Abu Salem
NOVELIS : Antasya Balqis
TERBITAN : Suhan Movies / Buku Prima
PELAKON : Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha, Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura, Hafreez Adam sebagai Badri Fathul, Azwan Kombos sebagai Taufiq, Raja Ilya sebagai Babe, Idzham Ismail sebagai Zaidi, Lia Natalia, Hanna Aqeela sebagai Nadia, Marisa Yasmin, Emelie Hanif.




Bagi yang meminati novel tersebut, mungkin anda boleh dapatkan daripada penerbit Buku Prima. Harga sebuah novel RM18.90 dan setebal 496 muka surat.

Bagi saya Drama Bila Hati Berbicara adalah sebuah drama yang cuba mengenengahkan kisah cinta antara golongan atasan dengan rakyat marhaen yang tinggal di kawasan setinggan. Mungkin ada lain sikit tema penceritaan Bila Hati Berbicara tetapi ia tetap kisah happy ending setelah watak utamanya melalui liku-liku kehidupan yang mencabar. Yang bestnya kisah kegigihan seorang wanita bersaing dengan kaum adam dalam meneruskan kelangsungan hidupnya!

Selamat menonton dan ambillah pengajaran daripadanya.

#sebarkan bahagia

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. Assalamualaikum.

    ayie agak lama tak tgok drama slot akasia..last klu tak salah drama ariana rose tu pun melalui tonton online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..sama dengan saya, Ayie. Sebab waktunya agak kurang sesuai...huhu

      Delete
  2. Very efficiently written information. It will be beneficial to anybody who utilizes it, including me. Keep up the good work. For sure i will check out more posts. This site seems to get a good amount of visitors. Slotxo

    ReplyDelete
  3. Your content is nothing short of brilliant in many ways. I think this is engaging and eye-opening material. Thank you so much for caring about your content and your readers. bandar slot

    ReplyDelete
  4. Thanks for posting this info. I just want to let you know that I just check out your site and I find it very interesting and informative. I can't wait to read lots of your posts. joker123

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close