Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Panduan Gred Baru Pemarkahan Peperiksaan SPM 2014

Panduan Gred Baru Pemarkahan Peperiksaan SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara peperiksaan penting kepada pelajar yang berada di peringkat menengah tinggi untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sebagai pelajar ke peringkat kolej atau universiti demi masa depan yang lebih terjamin. 

Kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada swasta atau awam termasuk kursus matrikulasi kini menggunakan sistem baru penggredan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui penilaian baru itu, pelajar diberi gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+,B,C+, C, D, E dan G. Gred baru itu menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.


Panduan Gred Baru Pemarkahan Peperiksaan SPM 2014




Penilaian itu membabitkan calon SPM 2013, namun, masih mengekalkan dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. Kedah ini menggantikan sistem sebelum ini yang tidak mempunyai pecahan gred untuk calon cemerlang.

Contohnya, sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan ia meningkat setiap tahun menyebabkan sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak menerima pembiayaian pengajian. Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14. Gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.
 
Sistem itu diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dan A-.

Bagaimanapun, kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah. Penilaian semula gred SPM itu juga sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara.



Sumber rujukan:

1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/home/385-info-ringkas/7572-sistem-gred-baru-spm.html
2. Berita Harian
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

1 Comments

  1. waalaikumussalam Ayie,

    Dulu saya memang dapat tawaran jadi cikgu, hihi...tetapi minat lebih bidang perbankan dan hartanah..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.