Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Agar Diberi Ketetapan Hati

Hati manusia tidak selalu berada pada keadaan yang tetap. Ada sahaja cubaan syaitan untuk menggoda hati anak-anak Adam agar berubah, menjadi alpa dan meninggalkan suruhanNya. Dan sebagai hambanya yang sering melakukan kesalahan, kita digalakkan untuk selalu memohon keampunan. Sesungguhnya janganlah kita riak dan sombong dengan amalan yang dilakukan, kerana belum tentu akhir hidup kita berada di jalan yang lurus. Naauzubillah!

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya semua hati manusia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman (Allah Ta’ala), seperti hati yang satu, yang Dia akan membolak-balikkan hati tersebut sesuai dengan kehendak-Nya”, kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa:

“Wahai Allah Yang membolak-balikkan hati (manusia), palingkanlah hati kami untuk (selalu) taat kepad-Mu.” [HR Muslim (no. 2654)]


Doa Agar Diberi Ketetapan Hati



Doa tetapkan hati 


Bacaan doa agar ditetapkan hati dalam rumi


Allahumma musarrifal Quluub, Tsarrif Quluubanaa 'alaa Thoo 'atiik
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'

Maksudnya;

Ya Allah, yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu,
Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu.


Tahukah anda semua bahawa Nabi SAW apabila hendak bersumpah, kadang-kalanya baginda akan bersumpah dengan menyebut: “Demi Tuhan yang membolak-balikkan hati.” Kata para ulama: Hati itu lebih cepat berbolak-balik berbanding air yang mendidih di dalam cerek.”

Oleh itu, sentiasalah bermuhasabah diri. Kembali semula kepada asal kejadian kita dan ke mana kita akan kembali.

Sebarkan bahagia. Sebarkan ilmu.  




Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close