Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Elakkan Nyanyuk

Doa Elak Nyanyuk - Nyanyuk atau dalam bahasa Inggeris disebut senile adalah satu tanda pengecutan otak, lemah ingatan, dan kelembapan mental yang berlaku kepada mereka yang berusia. Ramai orang beransur-ansur kehilangan ingatan selepas umur 40 tahun, dan kehilangan ingatan yang teruk dan drastik pasti bukan sebahagian daripada penuaan yang normal. Nyanyuk atau Demensia berlaku apabila bahagian otak yang terlibat dengan pembelajaran, ingatan, logika dan bahasa dipengaruhi oleh satu atau lebih daripada pelbagai jangkitan atau penyakit.

Baca juga : Cara merawat nyanyuk dengan al Quran

Doa Elakkan Nyanyuk



 


Doa elakkan nyanyuk dalam rumi:


Allahumma 'aafini badanii
Allahumma 'aafinii fii sam'ie
Allahumma 'aafinii fii basarii
Allahumma innii a'auzubika minal kuf riwal faqri
Allahumma innii a'auzubika min 'azabil qabri
Laailaha illaa anta

Maksudnya:

"Ya Allah, berilah kesejahteraan pada tubuh badanku, Ya Allah, berilah kesejahteraan pada pendengaranku. Ya Allah, berilah kesejahteraan pada penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur. Tiada Tuhan Melainkan Engkau sahaja."  

Semoga bermanfaat.

Sebarkan bahagia...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close