Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Dia Tak Pernah Meninggalkanmu Walau Sesaat

Setiap saat Dia ada. Dalam diri, dalam hati. Dia pencipta Maha Agung. Dan, Pencinta yang tanpa batas. MenyintaiMu segenap ruang, tiada batas dan had. Dia...sekelip mata kau kembali kepadaNya, ruang langit dan bumi memberkatimu. Menyayangimu. MalaikatNya pun ikut mendoakanmu.

Betapa Allah Menyayangimu, Dia telah menciptakanmu dengan segala ukuran-Nya. Sahabatku, kau adalah makhluk istimewa yang pernah diciptakan-Nya.


Dia Tak Pernah Meninggalkanmu Walau Sesaat


Betapa Allah Menyayangimu, tak pernah Allah meninggalkanmu walau sesaat, tak pernah kasih sayang-Nya putus walau sedetik. Sungguh, jika Allah tak sayang, sesaat saja kita yang terkadang melupakan-Nya ini sudah tak mampu lagi bernafas, jantung kita tak lagi berdegup, nadi kita tak lagi berdenyut dan mata kita tak lagi berkedip.

Dialah Yang Maha Penyayang. Dialah...TuhanMu. Allah Azzawajalla.


Dia Tak Pernah Meninggalkanmu Walau Sesaat


Pada ketika beribu rakan menjauhimu, membencimu, membuangmu dari lingkaran persahabatan mereka. Dia, TuhanMu tetap mengasihimu tanpa syarat. DenganNya, kamu dilindungi. Dengan nama Allah, kamu terus dirahmati. Setiap pergerakanmu dalam rahmatNya. Betapa kasihnya Dia pada
kamu. Jadi, janji TuhanMu yang mana lagikah yang kamu dustakan?

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Dia memberimu ujian dan masalah agar kamu selesaikan, untuk kamu jadi orang yang tegar, sabar dan selalu mengingatNya.

Dia memberikanmu rasa sedih dan bahagia agar kamu selalu bersyukur dan tidak menjadi orang yang sombong.

Dia selalu memaafkan kesalahanmu sekiranya kamu seorang yang suka bertaubat.

Betapa Allah Menyayangimu, sesungguhnya Allah menciptakanmu dengan memberikanmu kelebihan dan potensi luar biasa yang tak dimiliki orang lain, kau sungguh berbeza, unik, dan sungguh istimewa!

Betapa Allah Menyayangimu. Betapa dalam kalimat ini. Tidakkah kau menyedarinya? Sebutlah nama Allah dalam hatimu. Pejamkan matamu dan ucapkan: “Betapa Allah Menyayangiku.” Jiwamu pun akan bergetar.

Betapa Allah Menyayangimu, mengasihi kita semua.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments