-->

Panduan

Resepi Sup Daging Paling Sedap

Advertisement

Resepi Sup Daging Paling Sedap. Bila teringin nak makan sup daging, saya akan pergi ke satu kedai restoran  hipster di taman perumahan sebelah untuk order. Saya akan mintak set yang kaw punya dengan hirisan cili padi di atasnya. Haha.. kiranya sup daging ala Thai campur style mak-mak kita punya. Yummy!!

Tapi, sup daging yang saya nak kongsi resepinya di bawah adalah sup daging ala mamak dan ada style Thai sikit. Kiranya kombinasi sup daging la ya. Buat dengan perlahan-lahan, pasti jadi hasilnya nanti. Masak sup daging perlukan kesabaran tinggi. Nak cepat gunalah pressure cooker, (macam saya..)

Resepi Sup Daging Paling Sedap

Resepi Sup Daging Paling Sedap


Resepi Sup Daging Paling Sedap


Bahan-bahannya:

700 gm daging - dipotong
1 bungkus rempah tumis ( 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga & 5 kuntum bunga cengkih)
4 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
1 batang lobak merah, dipotong ikut saiz, rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
2 batang serai, diketuk
1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
(1 1/2 camca besar rempah sup Adabi, 1 camca besar penuh rempah kurma Adabi & 1/2 cawan air - semua dibancuh hingga menjadi pes rempah)
5 biji bawang merah kecil - hiris
Garam secukupnya
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan


Bahan-bahan kisar halus:

7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili padi


Resepi Sup Daging Paling Sedap

Cara masak sup daging paling sedap


1. Gaul daging dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata. Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. - ini untuk hilangkan bau daging..

2. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama serai, rempah tumis, lada hitam tumbuk, daun sup yang dikerat kasar dan air secukupnya. Kacau dan masak hingga mendidih.

3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Goreng bawang merah hiris hingga perang, pastikan jangan hangus. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar halus dan kacau rata. Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

4. Kemudian masukkan rempah yang ditumis tadi ke dalam periuk berisi daging. Kacau rata dan terus merebus hingga daging empuk. 

5. Masukkan kentang dan lobak merah, kacau dan jika perlu tambah sedikit air panas. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.

Siap sudah sup daging paling sedap dalam sejarah family kita orang. Siapa tau yang masak? My sister la.. dia amat pandai masak sup daging. Lepas tu makan dengan roti peranchis tu. Yummy!!

Sebelum nak hirup sup tu, tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 

Selamat mencuba kekawan..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.
close