Throwback!
Throwback!
Entri ini saya tulis pada 3/1/2016. Dah lebih 10 tahun lamanya...
Bila rindu menjelma.. saya akan cari luahan yang pernah saya tulis di blog dan baca semula..
***********************************************************************************
Dan Dia Pergi Lagi. Tidak memberi peluang kedua untuk diri ini mengutip serpihan lalu untuk dihimpunkan buat melalui hari-hari bersama. Kamu pernah pulang dan kini kembali pergi. Mungkin sepurnama baru ketemu semula. Dalam kejauhan itu, apakah kamu mengingati setiap butir bebelan diri ini? Segala khazanah nasihat masihkan bertafakur dalam benak fikiran.
Kamu pergi. Sudah selalu begitu. Bila kamu kembali, kamu sudah semakin besar. Kamu sudah dewasa. Sesekali terasa kamu semakin jauh. Argh!! Mungkinkah itu sekadar sebuah halusinasi tak bertepi?
Kamu pergi. Sudah selalu begitu. Bila kamu kembali, kamu sudah semakin besar. Kamu sudah dewasa. Sesekali terasa kamu semakin jauh. Argh!! Mungkinkah itu sekadar sebuah halusinasi tak bertepi?
Dan, Dia Pergi Lagi
Tadi sewaktu kita berpisah ada titis-titis jernih dibirai mata. Ia bertakung di situ. Menunggu masanya membasahi bumi. Dan, dakapan erat pun terlerai. Diri ini tak mampu bertahan. Setelah kamu jauh melangkah meneruskan perjalanan baru merangkul impian di bumi jauh, titisan itu terlerai jua. Banjir di mana-mana. Berbalam-balam langkahmu. Jauh dan semakin hilang ditelan tembok batu.
Kamu tidak menoleh ke belakang. Langkahmu kejap & jitu. Tetapi begitulah, di balik dinding itu kamu menangis. Tersembunyi kesedihan membiarkan kejoramu berlalu pergi. Begitulah kamu akan bercerita bila kita bertemu nanti, sepurnama lagi. Selalu begitu. Dan, dalam syahdu kerinduan itu, kita akan melerai tawa mengenang memori perpisahan saban waktu.
Dalam perjuangan membelah badai dunia, jangan dilupa hangatnya syurga Illahi yang pasti menanti. Dalam mengejar kasih mewangi ciptaan manusia, jangan leka haruman firdausi temanmu yang hakiki.
Berlarilah, tetapi sesekali berjalanlah...agar kamu kenal erti penat lelah. Belajarlah, tetapi sesekali bermainlah...agar kamu tahu bahawa hidup ini ada banyak pilihan. Berbahagialah, tetapi sesekali rasai derita...agar kamu tak akan berani melukakan sesiapa.
Teruskan langkahmu duhai permata jiwa. Jika kamu rasa lelah, dengarkanlah merdu madah berhelah diri ini, bersandarlah pada teguhnya kasih sejati. Usah longlai di pertengahan jalan, kerana Doa ini penguat dan keramat yang didengar oleh sang pemilik alam. Tiada hijab.
Teruskanlah... restuku ada di mana-mana.
#sebarkan bahagia.

Sedih itu kadang-kadang indah. - Begitulah luah diri ini.

Membaca ini ingat masa2 di saat harus jauh dari orangtua saat belajar dulu. Rasa haru, rasa sedih, tapi tetap kuat berkat doa orangtua ❤️❤️
ReplyDeleteSamada anak atau kita sendiri sebagai orang tua memang kena sama² kuat, kan..
DeleteSangat mendalam maksud coretan ini. Naluri seorang ibu atau penjaga bila terpaksa melepaskan permata jiwa pergi jauh demi masa depan memang penuh dengan air mata dan rindu. Ayat 'restuku ada di mana-mana' tu betul-betul menyentuh hati. Terima kasih atas perkongsian luahan yang sangat indah ini
ReplyDeleteSayu pulak baca entry ni, beginilah agaknya bila mak 'terpaksa' lepaskanku pergi dulu.
ReplyDelete