Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel

Aynora
By -
3
Beli Handbag Bonia Kerana Tawaran Menarik. Tak ingat entah kali ke berapa saya beli handbag tahun ini dan bag Bonia ni rasanya dah masuk kali ke 7 saya membeli jenama berkenaan. Kali ni jenis - Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel.

Orang perempuan kan suka shopping, asal ada offer atau nampak handbag cantik terus lah beli. Padahal ada je bag yang belum di pakai. Sebab itu jangan mulakan cerita pasal offer sana sini, memang saya mudah tergoda!!


Namun, saya tak risau. Beli handbag banyak, kalau dah tak mahu pakai kita berilah pada adik beradik atau anak sedara. Konsep saya memberi mudah je - saya bagi free tapi dengan syarat bag yang saya bagi tu kena pakai. Tak mahu simpan taw.. 

Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel


Jom layan gambar handbag Bonia saya yang dibeli sebelum hari ibu hari tu. Eh saya perasan, logo Bonia double tu macam first time dia buat gitu. Warna Hitam dah habis, kenalah ambil yang warna coklat terang ni. Harga asal RM800.10. kemudian ada voucher dapat net price,😀 RM563.27. Alhamdulillah.. 

Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel

Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel

Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel

Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel

Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel

Beli Bag Bonia Brown Vanda Monogram Satchel

Oleh kerana saya bekerja dan selalu tukar-tukar handbag, maka dengan senang hati kita tambah koleksi bag tangan dalam almari. Namun kena displin guna semua beg yang ada, hampir 3 kali seminggu kena salin bag. Hehe.. 

Saya guna beg ikut mood, dan jika ada sesetengah bag yang amat praktikal, saya akan guna lebih kerap. Beg nak pegi pasar cari sayur + ikan pun lain, nak breakfast je pun lain. Hahahaha.. 

Simpan Hand Bag Dalam Almari Khas


Semua bag yang dibeli saya akan simpan dalam almari khas. Jadi, jika kita sudah tak mau guna, boleh bagi pada orang lain di mana bag dalam keadaan yang elok terjaga.




Beli handbag adalah sebagai salah satu terapi diri, selain saya juga suka membeli jam tangan dan wallet. 

Hargai diri sendiri jika ada peluang dan kemampuan. Ia menjadikan kita bekerja lebih tekun dan ikhlas. 

Salam sayang , Aynora.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Banyaknya koleksi beg2. Memang tahan lama kalau disimpan dalam almari bertutup tu. Perempuan dan offer berpisah tiada. Beli time offer baru la berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelemahan wanita, mudah tergoda dengan benda² cantik, sambil beli baru terfikir dah ada banyak beg kat rumah 😅😅

      Delete
  2. Orang perempuan dengan 'offer' memang tak dapat dipisahkan, pantang nampak mesti mudah tergoda. Tapi berbaloi sangat beli Bonia ni waktu diskaun, design monogram dia memang tak lapuk dek zaman...Suka dengan konsep Aynora, beli banyak pun kalau dah tak pakai boleh bagi free kat adik-beradik atau anak saudara dengan syarat kena pakai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!