Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Putihkan Gigi

Petua Putihkan Gigi yang amat mudah. Cara-cara yang saya kongsikan adalah secara tradisional. Ada juga yang agak moden sedikit iaitu gunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat untuk putihkan gigi. Sebelum gosok gigi dengan ubat gigi, gosokkan dahulu serbuk penaik pada gigi. Kemudian kumur. Barulah gosok gigi dengan ubat gigi pula. Amalkannya seminggu dua hingga 3 kali. Yang bagusnya, ia boleh menanggalkan plak pada gigi jugak dan boleh merawat mulut berbau.


Petua Putihkan Gigi


Petua Putihkan Gigi


Selain daripada gunakan serbuk penaik seperti yang saya ceritakan di atas, ada juga cara-cara lain yang agak mudah untuk memutihkan gigi. Cuba tengok di bawah ini, ada tak yang boleh membantu anda...

1. Paling mudah gunakan garam halus dan campurkan dengan ubat gigi. Lakukannya hingga gigi putih.

2. Kayu arang juga boleh memutihkan gigi. Tumbuk dahulu kayu arang hingga halus dan kemudian gosokkan pada gigi. Ni kalau duduk kampung boleh lah...di bandar susah nak jumpa kayu arang. Heheh..

3. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk hingga menjadi serbuk. Gosokkan selalu pada gigi hingga dapat hasil yang dikehendaki.

Semoga petua putihkan gigi yang serba ringkas di atas dapat membantu anda yang menghadapi masalah gigi kuning. 

#sebarkan info

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close