Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Memutihkan Kulit & Menjadi Isteri Cantik Idaman Suami

Assalamualaikum wrmbth. Sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Yang baik agama dan akhlaknya. Dan mempunyai wajah yang cantik itu juga satu bonus untuk dirimu. Sedikit sebanyak wajah yang cantik dan penampilan diri yang kemas lebih menarik di mata suami.


Jadi, kali ini sama sama kita pelajari cara memutihkan kulit untuk menjadi isteri yang cantik di mata dan hati suami.

Sudah bersedia?

Baik, kita mulakan sekarang


6 Cara Memutihkan Kulit Muka dan Badan


Ramai wanita termasuk saya mengidamkan kulit yang putih gebu supaya nampak cantik dan menaikkan keyakinan diri.

Saya pasti, pasti puan pernah cuba beberapa cara untuk memutihkan kulit dan terdapat, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat.

 

Allah jadikan kita ini unik.

Kulit kita juga tidak sama disebabkan pelbagai sebab. Tidak wujud satu cara yang berkesan untuk semua orang.

Apa yang bagus untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Termasuk semasa mengandung dan menyusukan anak. Kerap betul kulit yang dahulunya cantik menjadi kusam. Gunakanlah produk yang sesuai & pakailah jubah mengandung dan menyusu muslimah untuk menutup aurat.

Jadi, di bawah ini saya berikan beberapa cara yang ada, cuba semuanya untuk melihat mana yang terbaik untuk puan.


1. Banyakkan meminum air masak 


Air adalah sumber kehidupan. Dan badan kita sendiri terdiri lebih dari 60% air. 


Apa kaitan air dengan kecantikan kulit?

Air digunakan untuk menghantar zat dari makanan ke seluruh badan. Jika air yang kita minum mencukupi, kulit kita akan menerima khasiat yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

Pastikan puan meminum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari bagi memastikan sistem badan berfungsi dengan baik.

Air sebanyak ini diperlukan setiap hari untuk membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.

Air yang dimaksudkan ialah air kosong ya.

Bukan air berperisa dan semestinya bukan air bergas.

Tahukah puan, kolagen bawah kulit kita akan menyerap air dan menjadikan kita lebih anjal dan tegang.

Sebab itulah, amalan meminum air yang mencukupi akan mencerah dan mencantikkan kulit.

2. Amalkan produk kecantikan kulit yang selamat 


Puan mesti pening kepala dengan produk penjagaan kulit yang berlambak dipasaran. 


Mana satu yang berkesan untuk anda?

Kerap kali, kita lebih mementingkan hasil yang cepat sebagai faktor utama membeli. Tetapi tahukah puan, produk yang mengandungi bahan kimia dan logam berat seperti merkuri biasanya memberikan hasil yang cepat?

Tetapi berbahaya kepada kesihatan.

Lebih selamat menggunakan produk skincare terbaik semulajadi untuk jeragat seperti nutriwhite shaklee untuk jangka panjang. Selain bahan 100% semulajadi.

Pastikan ianya halal. Baru boleh bawa solat. Cantik rupa luaran dan dalaman.

3. Cuci muka dengan air basuhan beras 


Tahukah anda produk SK 2 Essence dari Jepun. Produk kulit ini berasaskan beras.


Didapati sekian lama disana, beras berkhasiat menjadikan kulit cerah dan cantik.

Berapa ramai dari kita yang tahu yang air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Mungkin tok nenek kita dahulu tahu perkara ni. Bukankah bedak sejuk dibuat dari beras?

Ambil air basuhan beras dan cuci muka kita setiap sehari dengannya. Ulang sebanyak dua kali sehari untuk hasil yang memuaskan. Buat berterusan dan lihatlah kulit pua aka lebih cerah dalam masa beberapa minggu. Air beras juga boleh disiram pada pokok buah buahan untuk buah yang lebih manis.

Terbaikkan puan?

4. Amalkan makanan tambahan yang berkhasiat untuk kulit 


Wanita zaman sekarang sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab.


Sampai mengabaikan kesihatan sendiri.

Kita kerap sibuk memikirkan suami dan anak anak. Sehingga lupa untuk makan pada waktunya.

Kesannya, ada yang kena gastrik dan penyakit lain diusia muda. Semua sebab kurang menjaga makan.

Cuba amalkan makanan tambahan yang sihat, samada pemakanan sunnah ataupun moden untuk rahsia kulit cantik dan gebu.

Terdapat pelbagai suplemen di pasaran. Buat kajian dan selidik dulu. Produk mana yang selamat, halal dan berkesan. Cuba tanya kawan kawan dan ahli keluarga.

Pengambilan vitamin C dan protein yang mencukupi dalam diet seharian akan menjadikan kukit kita lebih tegang, awet muda dan cerah.

Badan yang cukup zat, kulit juga akan nampak cantik dan cerah.

5. Buah buahan citrus seperti limau untuk mencantikkan kulit


Buah buahan citrus kaya dengan vitamin c yang terkenal sebagai cara memutihkan kulit secara semulajadi yang selamat.


Penggunaan yang betul akan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan cerah.

Cara untuk melakukannya ialah dengan mengambil hirisan limau & dan jus limau yang baru diperah disapukan terus ke kulit muka. Biarkan selama beberapa ketika supaya kulit dapat menyerap vitamin C. Ulang setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan. 


Boleh juga hiris lemon dan masukkan ke dalam air minuman untuk rasa air yang menyegarkan.

6. Amalkan tomato dalam pemakanan 


Tomato memang buah yang banyak khasiatnya. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral. 


Malah ia juga kaya dengan antioksidan. Tahukah puan, buah tomato yang dimasak lebih berkhasiat daripada yang dimakan mentah. Tomato baik untuk kesihatan mata dan kulit yang sihat. Puan juga boleh menyapukan tomato kesuluruh badan untuk mendapatkan kulit yang cerah.

Selamat mencuba enam cara memutihkan kulit muka dan badan di atas.

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda mencerahkan kulit dengan cara diatas di ruangan komen.

Read More ....


Post a Comment

8 Comments

  1. Saya suka cara cara menjadi isteri cantik ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cara-cara yang praktikal. Semua isteri boleh buat..hihi

      Delete
    2. Orang lelaki pun boleh pakai juga tips cerahkan kulit ni

      Memang bagus tips ni. Sebab senang nak buat

      Delete
  2. Tips yang bagus ... Sambil masak nasi, sambil putihkan muka ... Terbaeekkk

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close