![]() |
| Sambal belacan mangga, sumber rasa online |
Macam mana agaknya rasa sambal belacan mangga ni? Ramai yang bertanya..
Rasa sambal belacan mangga ni ada masam, manis dan lemak belacan. Wow...letak banyak cili padi pun tak berapa pedas sebab ia dah sebati dengan mangga masam manis tadi. Tak percaya? Cubalah resepi yang saya kongsikan kat bawah ni...
Resepi Sambal Belacan Mangga Ringkas
Bahan-bahan:
20 biji cili padi
sedikit belacan bakar ( sebesar 50 sen)
1/2 labu bawang besar
1 biji buah mangga masak ~ di hiris atau di racik halus
1 biji tomato kecil diracik
garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis
1. Tumbuk semua bahan kecuali mangga masak tadi dan perahan limau nipis
2. Masukkan mangga hiris dan tomato dan gaul sebati
3. Perahkan limau nipis
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis
Cara menyediakan sambal belacan mangga
1. Tumbuk semua bahan kecuali mangga masak tadi dan perahan limau nipis
2. Masukkan mangga hiris dan tomato dan gaul sebati
3. Perahkan limau nipis
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Ringkas dan mudah. Itu yang boleh saya katakan. Tutup mata pun boleh buat, hihi...
Sambal belacan mangga ni boleh ubah suai bahannya, iaitu gantikan belacan dengan ikan bilis. Rasanya pun sama sedap, sebab ada perisa original mangga dalam sambal belacan tersebut.
Selamat mencuba.


Blum pernah rasa lg..mcm syok sambal belacan mangga ni..
ReplyDeleteMemang syokkk dear, masih ada lagi stok dlm freeze... :)
DeleteTerliur tgk.. huhu
ReplyDeleteBoleh cuba buat ni..
Delete