Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Sambal Belacan Mangga Ringkas

Al kisah sambal belacan mangga ni sangatlah glamour kat opis saya, semua orang termasuk kawan-kawan berbangsa Cina saya pun ikut sekaki. Penangan sambal belacan mangga ni tak usah cakaplah, dah dapat sorang satu mangkuk tapau pun, masih tak cukup. Terpaksalah kawan saya yang expert buat sambal belacan mangga ni buat second batch sambal belacan. Saya pun dapat lagi satu plastik kecil...haha

Resepi Sambal Belacan Mangga Ringkas
Sambal belacan mangga, sumber rasa online

Macam mana agaknya rasa sambal belacan mangga ni? Ramai yang bertanya..

Rasa sambal belacan mangga ni ada masam, manis dan lemak belacan. Wow...letak banyak cili padi pun tak berapa pedas sebab ia dah sebati dengan mangga masam manis tadi. Tak percaya? Cubalah resepi yang saya kongsikan kat bawah ni...

Resepi Sambal Belacan Mangga Ringkas


Bahan-bahan:

20 biji cili padi
sedikit belacan bakar ( sebesar 50 sen)
1/2 labu bawang besar
1 biji buah mangga masak ~ di hiris atau di racik halus
1 biji tomato kecil diracik
garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis

Cara menyediakan sambal belacan mangga 


1. Tumbuk semua bahan kecuali mangga masak tadi dan perahan limau nipis
2. Masukkan mangga hiris dan tomato dan gaul sebati
3. Perahkan limau nipis
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Ringkas dan mudah. Itu yang boleh saya katakan. Tutup mata pun boleh buat, hihi...

Sambal belacan mangga ni boleh ubah suai bahannya, iaitu gantikan belacan dengan ikan bilis. Rasanya pun sama sedap, sebab ada perisa original mangga dalam sambal belacan tersebut.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.