Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berapakah Kadar Bounce Rate Yang Bagus Untuk Blog?

Bounce rate yang rendah dipercayai boleh meningkatkan rank blog ke peringkat yang lebih baik. Bounce rate yang bagus untuk sesebuah blog adalah pada kadar di bawah 20% - 40% dan ia dikira excellent!!. Mengapa bounce rate yang tinggi tidak disukai oleh pemilik blog? Nak tahu sebabnya sila baca artikel ini sampai habis. Apakah sebabnya bounce rate tinggi? Ada beberapa sebab yang mungkin terjadi, seperti,
  • Mungkin content anda kurang menarik atau kurang diminati pembaca
  • Mungkin pengunjung kurang faham dengan apa yang anda tulis
  • Mungkin content blog anda kurang memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah 
  • Mungkin content anda terlalu ringkas hingga tidak memberikan penjelasan yang perinci 


Apa itu bounce rate?


Secara ringkasnya Bounce Rate ialah peratusan sesi sesuatu page/ halaman (iaitu sesi di mana pengunjung blog yang meninggalkan page anda dari halaman utama tanpa singgah pada halaman lain). Sebenarnya ada banyak version tentang maksud bounce rate, anda boleh baca di SINI.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada bounce rate yang rendah. Antaranya tentang kualti kandungan, template yang digunakan samada bersih, cepat dan sebagainya. Anda boleh baca di laman-laman web berkaitan bounce rate.

Kadar Bounce Rate Yang Bagus Untuk Blog 


Berapakah Kadar Bounce Rate Yang Bagus Untuk Blog?
As a rule of thumb, a bounce rate in the range of 26 to 40 percent is excellent. 41 to 55 percent is roughly average. 56 to 70 percent is higher than average, but may not be cause for alarm depending on the website. Anything over 70 percent is disappointing for everything outside of blogs, news, events, etc. - The Rocket Blog

Hah! Amik kau! Blog saya pun tak bagus dari segi bounce rate, bukan dikalangn yang excellent atau average..., huhu

Disebabkan bounce rate yang tak bagus, kita tak semestinya kena tutup blog atau berhenti menulis. Teruskan memberi dan terus memberi jika itu mampu membawa faedah kepada anda hingga ke akhir hayat..insyaa Allah.

Baiklah.

Daripada kita bimbang tentang menjaga bounce rate, baik kita tetapkan asas blog kita, maksudnya berapa kadar bounce rate yang kita mampu buat masa ini? Nak cuba 29%? Opss...itu bagus sangat. Apa kata kita tetapkan pada kadar 50% dulu. Jadi kita kena usaha dan cari cara yang betul untuk mendapatkan bounce rate blog yang diingini.

Untuk menetapkan garis dasar yang sesuai, pertimbangkan niat pengunjung blog singgah dan tujuan kandungan. Contohnya, kalau laman web atau blog anda berkisarkan peristiwa, pengunjung tentu mahu tahu masa, tarikh, dan lokasi sesuatu peristiwa..., itu sahaja. Mereka dapat maklumat. Mereka pergi.

Kalau kadar bounce rate masih tinggi, biarkan..

Yang penting tujuan asal kita nak bagi maklumat kepada pengunjung telah dipenuhi.

Namun, trend bounce rate yang tinggi agak merisaukan juga buat peniaga online kerana ia boleh disimpulkan bahawa orang sekadar tengok-tengok atau window shopping, sekaligus diterjemahkan bahawa berlaku kehilangan jualan.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar bounce rate?


Antara faktor yang mempengaruhi kadar bounce rate adalah:

1. Loading blog ringan atau berat
2. Link within antara entri boleh mempengaruhi bounce rate
3. Blog yang bersih dan kemas atau sebaliknya
4. Kandungan yang boleh dipercayai, samada penulis blog itu benar wujud atau sekadar samaran
5. Blog yang menampilkan niche yang selalu dicari seperti fesyen, mekap, resepi dan sebagainya.

Jika anda ada sebarang tambahan tentang faktor yang mempengaruhi tinggi atau rendah sesuatu bounce rate, tuliskan di ruangan komen.

Penutup


Sesiapa sahaja boleh menulis blog dengan baik dengan menampilkan niche-niche yang diminati ramai tetapi untuk menentukan samada ia boleh mengekalkan bounce rate pada kadar yang diingini amat subjektif sifatnya. Kerana, minat dan kecenderungan setiap orang adalah berbeza-beza.

Good luck!

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Saya pun pening gak dengan bounce rate kat blog lama.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pening2 tuan, buat ikut kemampuan kita je

      Delete
  2. blog saya masih slow jer trafik..bounce rate rendah lg..huhuhu...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close