Header Ads

Resepi Paru Goreng Berempah Dengan Daun Kari


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Paru Goreng Berempah Dengan Daun Kari
Resepi Paru Goreng Berempah Dengan Daun Kari. Siapa tak makan paru lembu? Sama macam saya tapi itu cerita lama. Sekarang saya dah pandai makan paru, terutamanya paru goreng berempah dengan daun kari dan paru masak sambal atau berlada. Kalau masak lain macam kurang sikit lah.. namun jika anak-anak saya masih belajar, saya tak benarkan dia orang makan isi haiwan seperti jantung, pedal, paru dan sebagainya. Apa sebabnya? Cuba cari kat Google..


Resepi Paru Goreng Berempah Dengan Daun Kari

Saya mula pandai makan paru lebih kurang 6 tahun yang lepas, bila kawan belanja makan nasi lemak lauk paru berlada. Sedapnya.. mulanya macam tak boleh telan tapi sebab ada sambal atau cili, tu yang jadi penyedap. Akhirnya terjebak sudah!

Resepi Paru Goreng Berempah Dengan Daun Kari


Sebenarnya resepi paru goreng berempah ni sama macam nak goreng ayam, paru tu rebus dulu dalam 1 jam (guna periuk biasa) dan toskan. Kalau ayam terus goreng je kan..

Bahan-bahan resepi ilham dari En mat gebu..

Resepi Paru Goreng Berempah Dengan Daun Kari


BAHAN - BAHAN:
800 gram paru lembu - rebus dulu
3 helai daun limau purut*
1 batang serai, diketuk*
1 inci halia, hiris*
5 biji bawang putih, diketuk (tak perlu dibuang kulit)*
1 camca teh serbuk kunyit*
1 1/2 camca teh garam*
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN REMPAH :

2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
6 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
1 camca besar penuh gula melaka
2 camca besar jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:


UNTUK PENYEDIAAN PARU:

1. Paru lembu dipotong 4 - 5 bahagian, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum dan perahkan jus limau nipis. Gaul rata dan perap 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Masukkan semua bahan-bahan bertanda (*) dan rebus hingga paru empuk. Toskan dan biar paru tadi sejuk. 

UNTUK REMPAH: 

1. Ketumbar, jintan manis dan jintan putih dicuci kemudian goreng tanpa minyak hingga wangi. Tumbuk rempah tadi hingga hancur, tak perlu sampai halus. Ketepikan. 

2. Kemudian tumbuk pula bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan cili merah hingga lumat. 

3. Kemudian masukkan rempah-rempah yang ditumbuk tadi dan gaul rata.

UNTUK PARU GORENG KETUMBAR JINTAN:

1. Paru yang sudah sejuk dihiris nipis, kemudian goreng dalam minyak panas hingga kecoklatan, angkat dan toskan. 

2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan dalam anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi, kacau rata dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau sentiasa. 

3. Masukkan jus asam jawa, gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap (jika suka manis, boleh tambah sedikit gula pasir). 

4. Masukkan paru goreng, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga kering. Masukķan daun kari dan gaul seketika. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan. 

Resepi Paru Goreng Berempah Dengan Daun Kari

Lihatlah paru goreng dengan daun kari yang mewangi. Daun kari tu rangup sekali dengan paru dan boleh dimakan macam ulam. Rasa lemak je kat mulut. 

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.