Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Personaliti Orang Yang Lahir Bulan April

Rahsia personaliti orang lahir bulan April. Apakah bulan kelahiran anda? Adakah bulan kelahiran mempunyai personaliti tersendiri terhadap seseorang individu? Jom kita tengok apa yang saya kongsikan tentang rahsia personaliti orang yang lahir dalam bulan April. Ada sesetengah info yang saya perolehi dari bacaan Majalah Keluarga, Remaja dan dari carian internet. Selain itu saya juga membaca kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi terkenal Dato' Dr Fadzilah Kamsah.

Sebelum itu mari kita lihat hasil kajian Dr Fadzilah Kamsah tentang Rahsia Tarikh Lahir Bulan April.

Rahsia Personaliti Orang Yang Lahir Bulan April
 
  • Sangat aktif dan dinamik. 
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. 
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri. 
  • Punya daya mental yang sangat kuat. 
  • Suka diberi perhatian. 
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ). 
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. 
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut. 
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. 
  • Emosi cepat terusik. 
  • Cuba kawal perasaan. 
  • Kecenderungan bersifat pendendam. 
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. 
  • Kuat daya ingatan. 
  • Gerak hati yang sangat kuat. 
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. 
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada. 
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan April


Okay. Bila anda lihat senarai di atas, adakah ianya benar tentang diri anda? Bagi saya pula, saya tak kata hasil kajian itu mengarut namun ada sesetengah hasil kajian tersebut sama dengan rakan-rakan dan adik beradik yang lahir dalam bulan April.

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan April


Bila dilihat sisi positif seseorang yang lahir dalam bulan April, mereka sememangnya suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Mereka nampak aje garang di luar tetapi dalam hati penuh bunga setaman. Orang yang lahir dalam bulan April tidak berkira dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk sesuatu yang mereka minati. Contohnya beg tangan atau peralatan sukan. Namun jangan terlebih pemurah ya, nanti dikata pemboros pulak.

Kebanyakan rakan saya yang lahir dalam bulan April berpesonaliti menarik, dan pandai menjaga diri. Mereka juga Punya daya mental yang sangat kuat, terutamanya dalam menghadapi dugaan hidup.

Sementara itu, yang tak baiknya.. orang yang lahir bulan April ni kuat cemburu! Awas ya.. cemburu itu berbahaya jika tak bertempat. Ada waktu-waktunya orang yang lahir dalam bulan April ni seorang pendendam walau luaran kata telah memaafkan. Duhai rakanku yang lahir bulan April, anda mesti berhati-hati dalam membuat keputusan. Jangan bersikap kelam kabut tetapi hasilnya nanti tak seperti diharapkan.

Begitulah sedikit kupasan saya tentang personaliti orang yang lahir dalam bulan April.

Ingat ya, informasi di atas adalah sekadar bacaan santai untuk menambahkan variasi pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. Yang baik itu semuanya datangnya dari Sang Pencipta.

Bahagia seadanya, selamat membaca.

P/s: re-publish entry.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Kuat cemburu tu betul sangat.. Terkena pula dengan diri kite ni.. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. ada yg kena tepat dgn rakan2 saya yg lahir dlm bulan April. Wanita lahir bulan memang seorang yg tabah..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close