Aynorablogs | Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!

INFO MENARIK >>>

Panduan Menegur Kesilapan Anak Remaja

Tips Panduan Menegur Kesilapan Anak Remaja. Seorang anak yang meningkat remaja dari usia mereka 12 tahun dan ke atas, akan terlihat ada konflik diri kerana perubahan hormon dan merasa jadi orang besar atau sudah dewasa. Anak pada usia 12 - 15 tahun biasanya ingin bertanggungjawab dalam banyak hal seperti menjaga adik-adik, membantu orang tua, dan mungkin ada yang terfikir untuk mencari wang saku sendiri. 

Pada umur sebegini, mereka cenderung untuk mengawal adik-adik dengan cara yang agak kasar, melawan cakap ibu bapa, manakala kata-kata dari rakan sebaya paling berpengaruh kepada mereka.

Tips Panduan Menegur Kesilapan Anak Remaja


1. Tegur anak semasa berduaan, ini berkaitan ilmu dan adab. Adab kepada ayah ibu dan yang lebih tua perlu didahului. Ajari anak-anak dengan berhemah. Galakkan anak-anak dan kita sekali belajar ilmu agama, fardhu ain dan sama-sama memperbaiki diri.

Panduan Menegur Kesilapan Anak Remaja

2. Offer diri jika anak mahu luahkan rasa hati dan ketidakpuasan mereka terhadap kita dan orang di sekeliling mereka. Biar kita rendahkan diri dan buang ego. Cuba menjadi pendengar yang baik dan penyelesai masalah yang akan dihormati oleh anak-anak remaja tersebut. 

3. Cara menegur yang sesuai. Anak-anak 12 tahun ke atas, baru memasuki usia puberty. Baru belajar untuk mengenal kehidupan & berada di fasa kecelaruan fikiran (terutama dari segi perubahan emosi & fizikal). Berada di antara dua keadaan, kanak-kanak & dewasa. Jadi memang confuse teramat sangat. Jadi, kita kenalah menegur tindakan mereka dengan cara sebagai kanak-kanak dan juga selitkan teguran sebagai orang dewasa. Kerana, mereka dalam keadaan keliru samada nak bertingkah sebagai seorang dewasa atau kanak-kanak. Bersabarlah & berlemah-lembut tapi tegas dalam membuat teguran.

4. Sesi hati ke hati - Sebagai ibu bapa yang bijak, kena beri kefahaman kepada anak-anak remaja kita tentang persekitaran yang sedang dilalui dan masalah-masalah yang bakal mendatang. Usulkan cara untuk menyelesaikan masalah kepada ujian yang berbeza agar mereka bersedia jika diperlukan kelak. 

5. Ajari anak remaja kita untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru dalam kehidupan mendatang. 
 keluarga. Lepas tu adakan sesi bertiga. Biarkan mereka pulak saling mencurahkan perasaan & puan menjadi org tengah, lgpn ini penting utk puan memahami perasaan keduanya agar nanti puan tidak rasa tersepit. Yg penting, terus berdoa agar Allah permudahkan segala urusan.

6. Sentiasa beri perhatian. Alhamdulillah jika ada anak lelaki yang bakal jadi pemimpin ketua dan imam keluarga. Besar tanggungjawab dia terhadap keluarga di masak akan datang. Sebagai ibu bapa, banyakkan sisi menjadi kawan baik untuk anak lelaki terutamanya yang sulung. Dengar luahan hati dia. Sentiasa bagi anak remaja perhatian agar dia rasa diri ada ibu dan bapa yang sentiasa menyokong dia. Dia nak keluarga dia semua masuk syurga. 

7. Memberi contoh yang baik. Nasihatkan dan ajari anak remaja kita yang berumur 12 - 15 tahun terutamanya cara nak menegur ahli keluarga, orang yang lebih tua, menegur kawan-kawan supaya menggunakan bahasa yang betul dan sebagainya. Pada usia begini mereka kerap terpengaruh dengan bahasa yang kasar dan bersikap kurang ajar. Kita tunjukkan contoh yang elok dahulu, barulah mereka akan ikuti. Jangan bergaduh di depan anak-anak, itu adalah satu contoh yang wajib dielakkan!!

8. Doa banyak-banyak, doa lembutkan hati suami, isteri, dan doa untuk anak-anak juga agar keluarga kita semua terbentuk dalam sakinah, mawaddah warahmah.

Semoga perkongsian di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments