Apakah kalori?
Bagaimana ia terhasil?
Apakah cara mudah untuk membakar kalori?
Adakah sikap malas boleh menyebabkan kalori terkumpul dengan cepat?
Kalori menyebabkan kegemukan?

Jom kita cari cara menyelesaikannya. Apa itu kalori? Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Jom Semak Cara Bakar Kalori Anda Setelah Makan Berlebihan
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Cara Simple Bakar Kalori
1. Berjalan perlahan-lahan selama 15 minit selepas makan
2. Jangan baring selepas makan.
3. Basuh pinggan, susun dan lap pinggan. Memang bakar kalori anda lepas makan. Orang yang malas basuh pinggan lepas makan ada potensi untuk gemuk.
4. Kemudian, basuh baju, sidai baju dan lipat baju. Anda tahu berapa kalori yang terbakar?
5. Siram pokok bunga 2 kali sehari. Pagi dan petang
6. Menyapu sampah di halaman rumah dalam 5 minit pun boleh bakar kalori lepas makan berlebihan.
Nampak tak? Mudahnya nak bakar kalori dalam badan walau hanya buat kerja rumah secara santai. Anda boleh buat pelan-pelan supaya badan akan terbiasa dengan rutin yang anda lakukan.
Amaran!!! Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1 kilogram berat badan.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.