Kari ketam ni macam jugak masak kari ikan. Guna rempah kari ikan adabi pun sedap..

Resepi Kari Ketam Yang Sedap
Bahan-bahan:
500 gram ketam (dibersihkan, dibuang cengkerang dan belah dua)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar biji sawi
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan santan
Garam dan gula secukupnya
beberapa helai daun kari
Cara masak Kari Ketam Yang Sedap
2. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bahan tersebut hingga naik bau. Kemudian, masukkan jintan putih, jintan manis, rempah kari, sedikit air, daun kari dan biji sawi. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan ketam dan gaul rata.
4. Kecilkan api kepada sederhana, curahkan santan dan tutup kuali atau periuk. Biar mendidih selama 5 - 7 minit agar ketam masak sepenuhnya. Akhir sekali masukkan garam dan kacau rata.
5. Kari ketam anda sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

Kuah Kari ketam yang manis berlemak juga sedap dimakan dengan lempeng kelapa, roti canai dan lain-lainnya.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.