Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pageview Aynorablogs Cecah 30 Juta Setakat September 2017

Pageview Aynorablogs Cecah 30 Juta Setakat September 2017. Tahniah buat diri sendiri dan aynorablogs yang berjaya mencapai pageview sebanyak 30 juta dan lebih. Entah bila dia jadi 30 juta pun saya tak perasan sebab semalam nak printscreen angka 30 juta tu tak boleh lagi. Boleh tengok saya printscreen yang dah lebih 30 juta, gambar di bawah.

Blog adalah minat kedua saya selepas kerjaya sebagai property advisor. Kerjaya dalam bidang hartanah pun menarik, adventure juga dan memerlukan kebijaksanaan untuk buat decision.

Blog pula tempat saya menulis kata-kata motivasi dan inspirasi buat semua. Blog tempat saya bercerita tentang resepi, petua yang saya simpan dan juga tempat saya kongsikan doa-doa indah sebagai terapi diri.

Pageview Aynorablogs Cecah 30 Juta Setakat September 2017



Jumlah setakat hari ini adalah 30,008,840 pageview. Jumlah yang terkumpul sejak saya guna domain sendiri sekitar tahun 2011, bulan November. Anggaran dekat 6 tahun dah saya berblog. Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat rezeki berblog yang Allah berikan.

Bagaimana dengan anda? Anda pun mungkin dah dapat lebih dari saya. Itu rezeki masing-masing, kan..

Saya suka tengok blog Tiffinbiru, Azie kitchen dan azlita masam manis yang dah mengumpul jutaan pageview. Dia punya readers online pun banyak pada sesuatu masa.

Selalu juga stalk blog-blog famous ni, tengok cara dia orang tulis entry, tengok berapa kerap dia orang update blog, berapa ramai followers, macam mana letak gambar terbaik dan berbagai lagi ilmu yang saya pelajari sendiri secara senyap. Semoga blogger-blogger tersebut dirahmati dan dilindungi Allah selalu.

Apa yang saya pelajari adalah blog content is king!!

Setiap kali tulis entry tak ada yang merepek meraban, ada saja perkongsian yang membina minda. Yang baik saya ambil dan simpan kemas-kemas sebagai rujukan.

Begitulah catatan saya tentang pageview yang dah lebih 30 juta dan blog-blog yang telah memberikan inspirasi kepada saya.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close