Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September. September datang lagi. Membawa khabar yang belum pasti tetapi telah memahat memori setahun yang telah lalu. Bulan september bulan kelahiran orang yang anda sayangi? Adik beradik? Ibubapa atau rakan terdekat dan sahabat anda? Adakah anda dapat meneka personalitinya? Apakah anda dapat mengagak tentang rahsia perwatakannya?

Kawan anda mungkin dilahirkan dalam bulan september. Ucapkanlah kata-kata inspirasi kepadanya. Ucapkanlah doa-doa kebaikan buat mereka yang lahir dalam bulan september ini. Semoga mereka semua di dalam perlindungan kasih dan rahmat Illahi.


Baiklah. Mari kita lihat kajian yang dilakukan oleh Dr Fadzilah Kamsah tentang personaliti orang yang lahir dalam bulan september.

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik 

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September


Jom kita explore tentang rahsia personaliti orang yang lahir dalam bulan september.

Kelebihan orang lahir bulan September


Mereka yang lahir dalam bulan September ni agak cerewet dan sukakan kesempurnaan. Ya ke? Cuba lihat kekawan atau ahli keluarga yang lahir dalam bulan September. Adakah mereka orang yang suka sempurna. Buat kerja sistematik. Teratur... bila mereka buat kerja mesti buat dengan kemas dan sampai habis walau dalam masa yang singkat. Bagus kan dapat kawan atau ahli keluarga macam tu..

RELATED - Personaliti Orang Lahir Bulan Oktober

Orang yang lahir bulan September ni berfikiran luas, prihatin dengan masalah orang lain, mudah simpati, amanah, setia dan jujur. Mereka juga pandai mendorong diri sendiri dan membawa inspirasi kepada orang lain terutamanya orang di sekeliling mereka.

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan September
Add caption

Lagi satu, orang lahir bulan September ni bijak dan mudah mempelajari sesuatu yang baru.

Kelemahan orang lahir bulan September


Secara umumnya, orang lahir bulan September mempunyai karekter yang agak pendiam, tetapi kuat berfikir. Kadangkala mereka sensitif tak bertempat, mungkin disebabkan mereka suka menyimpan sendiri perasaan tanpa mahu meluahkan kepada sesiapa.

Cuba tengok kawan korang yang lahir dalam bulan September. Adakah beliau seorang pengkritik yang baik? Sebabnya, orang yang lahir bulan September ni mudah menegur kesilapan orang lain dan mengkritik. Redha dan terimalah seadanya jika anda mempunyai rakan yang memiliki personaliti seperti itu.

Apa yang ditulis dan pandangan yang saya kongsikan adalah sekadar pendapat umum atas pemerhatian saya kepada kawan-kawan, adik beradik dan orang sekeliling yang lahir dalam bulan September. Mungkin ada pandangan yang kurang tepat... anggaplah ia sebagai satu tulisan yang sekadar maklumat santai.

Jadikan kelemahan yang kita ada sebagai faktor tambahan untuk kita berada lebih tinggi dari aras sekarang dan lebih baik dalam semua aspek kehidupan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close