Amalan doa memudahkan urusan dan dilancarkan ucapan ni antara doa yang paling popular sejak dari zaman sekolah tadika lagi. Saya pun dah menghafalnya sejak dari kecil. Semoga kita istiqamah mengamalkan doa ini dalam hidup seharian kita.
Doa Agar Dipermudahkan Urusan Dan Ucapan
Inilah doanya yang boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada di sekolah, kat tempat kerja atau ketika nak berucap. Nak memulakan urusan, baca doa ini. InysaaAllah, urusan kita dipermudahkan oleh Nya.

Doa dipermudahkan urusan dalam rumi:
Rabbisrohli sodri.. wayassirli amri.. wahlul ukdatammillisaanni.. yafqohu.. qauli..
Maksudnya:
"Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku." - (surah Toha ayat 25-28)
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua dan hidup dalam keadaan yang tenang aman damai.. insyaa Allah.

Sangat bermanfaat.
ReplyDeleteSalam Jumaat dan Salam kemerdekaan ke-61.