Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Limau Kasturi Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Limau Kasturi Untuk Kesihatan. Limau kasturi juga dipanggil limau sambal sebab kebiasaan orang buat sambal belacan dengan diperahkan dengan jus limau kasturi. So, rasa sambal belacan kurang pedas dan seimbang dengan rasa belacan bakar tersebut.

Oh ya, limau kasturi kulitnya nipis dan mudah dikopek. Bila digigit sedikit rasanya masam dan jika telah kuning kulitnya, ada yang rasa manis sedikit. Buat sirap limau dengan limau kasturi pun sedap. Hihi...
Gambar limau kasturi

Khasiat Buah Limau Kasturi Untuk Kesihatan


Limau kasturi ada khasiat dan manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Mengurangkan Lelah

- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala

- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah. Dengan cara ni dapat menghilangkan bau badan anda..

4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.
Gambar hiasan
5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

Yang ni bukan untuk kesihatan tapi untuk kebersihan tubuh badan.. hihi

- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

Semoga pengetahuan tentang khasiat limau kasturi yang dikongsikan dapat menambahkan info anda terhadap khasiat buah dan herba tempatan. Ternyata limau kasturi banyak khasiatnya.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close