Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal | Perkongsian info dari serata dunia kali ini saya bawakan kisah masjid yang letaknya di hujung dunia. Namanya masjid Nurd Kamal. Masjid Nurd Kamal terletak di negara Rusia. Ajaib kan? Jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah ia. Sedangkan kita semua maklum bahawa Rusia adalah negara paling sosial di dunia. Masjid Nord Kamal juga diiktiraf sebagai masjid paling sejuk di dunia.

Suhu di sini boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari.

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal

Berbalik kepada info dunia tentang masjid di hujung dunia ni, ia terletak di bandar Norilsk dalam wilayah Siberia di Rusia. Masjid ini dicatat dalam rekod ‘Guinnes Book of Records’ sebagai Masjid yang terletak paling utara di bumi atau dengan kata lain, masjid yang terletak di hujung dunia.

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal



Masjid ini mula dibuka pada tahun 1998 dan diasaskan oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang Muslim daripada bangsa Tartar. Masjid ini diberi nama Nurd Kamal, sempena nama bapa Mukhtad.

Pada masa itu terdapat lebih kurang 40 ribu orang Islam di bandar tersebut, tapi mereka tidak mempunyai Masjid untuk dijadikan sebagai tempat beribadat, oleh yang demikian seorang lelaki Muslim bernama Mukhtad telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah masjid. 

Beliu telah mendapatkan khidmat Arkitek tempatan untuk membuat reka cipta bentuk serta telah berusaha mendapatkan sumber keewangan untuk membina sebuah Masjid.

Hasilnya sungguh positif dan Mukhtad telah mendapat berbagai sumbangan dan dana daripada berbagai pihak, ini termasuk seorang Dermawan Inggeris yang bernama Stephen Trantham, Stephen Tranthan banyak memberi sumbangan dalam pembinaan masjid ni.

Binaan masjid ni mengambil contoh bangunan klasik Turki dan mempunyai 3 tingkat. Kini, masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang wujud di Kutub Utara.

Dengan komuniti penganut Islam di kawasan ini berjumlah lebih kurang 210,000 orang. Ianya menjadikan masjid tersebut sentiasa dipenuhi orang ramai.

Rusia adalah antara negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah. Islam telah berkembang di sini bermula dari abad ke 7 Masihi.

Namun kini, disebabkan cuaca buruk, populasi penduduk di sini semakin menurun. Bukan hanya umat Islam sahaja, malah termasuk kaum lain. Di bulan Ramadhan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

Lebih kurang 1000 orang bersolat jemaah di masjid ini setiap hari.

Sumber;

1. Facebook Ali Zaik Ibrahim
2. Wikipedia
3. www.indahnyaislam.my

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. menariknya.. suka tengok masjid2 di luar negara. tapi yang ni huuurm jauh sangat nak sampai ni hihi.. tengok gambar jela =P

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..maha suci Allah 🤲🌹
    Perkongsian yang bagus 👍

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close