Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Masakan Kampung Menggamit Memori Bersama Tersayang

Masak kampung yang sedap dan mudah je. Apa menu masakan kampung yang biasa pada anda? Ada sambal belacan dan ulam.. masakan kampung lah tu. Kemudian ada masak kari, tiga rasa dan sayur kangkung tumis belacan.. pun dah okay sangat..


Hari ini hari pertama cuti CNY. Dapat cuti, maka masak-masak lah bersama adik ipar. Masak apa yang ada tetapi lazatnya tak terkira. Yang penting menu kampung tetap jadi idaman hati.

Masakan Kampung Menggamit Memori Bersama Tersayang


Macam-macam ada menu kita hari ni.. jom layan menu kampung kita hari ini.. jangan mengidam beb...😊😊😊

Bawal hitam masak sweet sour. Haish!! Sedap dan rangup pula tu..

Masakan kampung menggamit memori bersama tersayang 

Sempat juga kita orang masak kangkung goreng belacan..


Ulam Bendi rebus cicah dengan sambal belacan tomato.. hehe


Kari ayam sesedap rasa, hingga menjilat jari..


Menu menu kampung begini yang menggamit memori yang takkan dapat terlupakan.. memori bersama yang tersayang.

Saya ni kurang makan belacan, kat rumah pun tak ada stok belacan. Tapi bila orang masak, saya makan sikit. Cicah dengan bendi rebus. Memang ulaman yang awesome!!

Selamat bercuti ya!!

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments