Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-Tanda Awal Strok Haba

Tanda-Tanda Awal Strok Haba. Strok haba adalah keadaan di mana seseorang diserang demam panas dalam keadaan cuaca panas tak menentu. Strok haba berlaku apabila seseorang terdedah kepada cuaca panas berterusan semasa melakukan aktiviti fizikal. Suhu badan boleh mencecah melebihi 41 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan suhu di beberapa kawasan di negara ini akan terus meningkat pada bulan Mac nanti.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Jailan Simon berkata ini kerana di antara Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsun timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangkakan akan berlaku suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.

Tanda-Tanda Awal Strok Haba


Tanda-Tanda Awal Strok Haba

1. Kerap sakit kepala
2. Mudah hilang fokus
3. Lidah menjadi bengkak
4. Suhu badan melebihi 39 darjah Celcius
5. Nadi berdenyut laju
6. Tekanan darah rendah
7. Badan lesu dan kerap pengsan
8. Badan tidak berpeluh
9. Kulit kering dan kemerah-merahan

Itulah tanda-tanda awal jika anda terkena strok haba. Jika anda terdapat tanda-tanda seperti dinyatakan, segera ambil tindakan dengan minum air yang banyak atau dapatkan nasihat doktor.

Orang ramai perlu mengamalkan diet yang mengandungi lebih cecair. Pastikan kita minum banyak air dan mengambil berat diet kita.

Makan makanan yang mempunyai kandungan cecair yang banyak seperti jus buah-buahan untuk memastikan kita tidak mengalami dehidrasi.

Selain itu anda dinasihatkan supaya membuat perancangan awal jika berurusan di luar rumah bagi mengelak daripada terperangkap dalam cuaca yang ekstrem ini.

Jika hendak keluar daripada rumah, buat perancangan dahulu. Keluar pada waktu di mana cuaca agak mendung dan keluar pada lewat petang atau awal pagi.

Okay! Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close