Header Ads

Jaga Lidahmu! Lisan Adalah Kunci Rahsia Hati


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jaga Lidahmu! Lisan Adalah Kunci Rahsia Hati
Besarnya kuasa lidah, perkataan, tulisan yang boleh bawa ke syurga atau neraka. Berkata yang baik-baik, tulis yang baik-baik.. biar orang nak jadi apa dengan tulisan mereka, biar mereka viral kan yang aib dan tak baik tetapi kita istiqamah jangan terjebak mengikut langkah mereka. Kita juga yang beruntung nanti..

Jom kita pakat-pakat jaga lidah, agar dunia ini lebih tenang, aman damai sehingga ke akhirnya.

Lidah lebih tajam dari mata pedang. Pernah dengar orang kata macam tu? Sebab kerana lidah badan binasa! Awasi lidahmu agar kita terhindar dari fitnah, adu domba dan mengaibkan orang lain dengan lidah kita.

Jaga Lidahmu! Antara Syurga Atau Neraka..

Istiqamah Jaga Lidah, Jaga Lidahmu!


Jaga lidahmu! Kerana dengannya, kamu mungkin terjerumus ke neraka jahanam. Astaghfirullah...


عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ  عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ  اِسْتَقَمْنَا  وَإِنِ اعْوَجَجْتَ  اِعْوَجَجْنَا

Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi SAW baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan

Mengapa kita mesti kena jaga lidah? Pengajaran:

1.  Lidah boleh menjadi penyebab seseorang menjadi soleh juga kufur.

2. Semua anggota tubuh manusia akan tunduk dan mengikuti amalan lidahnya. 

3.  Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah,  maka seluruh anggota seseorang itu akan mengikuti amal ketaatan hingga ia selamat di sisi Allah.


4.  Lisan yang tidak dijaga malah menjadi kebiasaan mengumpat dan memfitnah, maka seluruh anggota lain akan mengikuti  perbuatan itu berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.

5.  Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab. Firman Allah:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf/50:18]

Ayuh jaga lidah dan istiqamah dengan amal baik agar anggota  lain juga menjadi baik.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. Sebarkan! Kongsikan! Semoga perjalanan hidupmu sentiasa di dalam keberkatan dan mendapat petunjuk Allah selalu.

Sumber: Group Whatsapp

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.