Header Ads

Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah
Cara Buat Kuih Siput Rangup Dan Sedap Langkah Demi Langkah. Step by step cara buat kuih siput sedap dalam dunia. Resepi ni share dari Saji.my dan sesuaikan dengan resepi yang bonda saya selalu buat sejak bertahun dulu. Bila lama campur baru, diharap adalah penambahbaikan kepada kuih siput yang legend ni. Ya tak?

Kalau nak beli boleh tahan mahal, sebab proses nak membuatnya agak renyah (rumit) orang kata.. sebab nak lenyek atas papan tu yang tak larat. Seketul seketul baru dapat hasil. Cubit sikit tepung dan tenyeh atas papan terap dia.. haha, kalau anda sanggup, jomlah kita buat sekali untuk raya kali ni. Amacam? Jadi??

Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah

Cara Buat Kuih Siput Rangup Dan Sedap Langkah Demi Langkah


Mulakan dengan bismillah. Sebab step dia agak panjang ni.. sebab nak kena gentel dan tenyeh adunan pada papan kuih siput nanti..

Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah

Bahan-bahan:

• 1 kg tepung gandum
• 2 sudu serbuk kari daging, kalau nak pedas boleh lebihkan
• 2 sudu serbuk kari ikan
• 2 sudu jintan manis (sangai & tumbuk kasar)
• 1 genggam ikan bilis kisar (jika suka)
• 2 biji telur
• 4 sudu besar penuh marjerin (cair & sejukkan), kalau suka kuih yang rapuh lebihkan lagi merjerin…
• 1 sudu garam + 2 sudu gula (larutkan dalam 1 cawan air)
• 1 cawan air
• 6 tangkai daun kari blend kasar
• 6 tangkai daun kari (untuk digoreng)
• Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya penyediaan kuih siput rangup:


1) Masukkan tepung ke dalam bekas, masukkan serbuk kari daging & ikan, daun kari yang diblend & jintan manis, ikan bilis kisar, gaul hingga rata.

2) Pecahkan dua biji telur, pukul seketika dan masukkan ke dalam adunan tepung & gaul rata.

3) Masukkan marjerin dan gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.

4) Masukkan air, garam & gula sedikit demi sedikit, tambah air & uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.


5) Rehatkan doh 1/2 jam & Cubitkan doh kecil-kecil supaya senang nak ditekan di acuan & dapatkan saiz yang lebih kurang sama

6) Kemudian, bolehlah ditekan dengan menggunakan acuan kuih siput. Taburkan sedikit tepung pada dulang/ bekas utk mengelakkan kuih melekat.

7) Goreng dengan api yang sederhana dan masukkan daun kari bila kuih siput hampir garing, angkat & sejukkan, simpan dalam bekas yang kedap udara.


Kalau buat rangup dan simpan dalam bekas yang rapat, kuih siput ni boleh tahan berbulan-bulan. Yang tak tahannya sebab selalu kena makan, nak tunggu sebulan pun belum tentu.. hehe

So, selamat mencuba semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.