Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Milo Ais Dengan Cincau Yang Viral

Resepi Milo Ais Dengan Cincau Yang Viral. Buat milo ais memang senang. Sekejap dah siap. Bila sekaramg hot pasal milo ais cincau, kami pun mencuba buat. Senang aje rupanya.

Kos pun tak mahal, beli cincau dan susu pekat manis. Kalau nak manis lebihkan susu.

Resepi Milo Ais Dengan Cincau Yang Viral

Bila dapat minum milo ais tabur dengan cincau masa berbuka, memang awesome!! Tak cari air lain dah. Kami dah cuba, tetapi terlebih cincau. Rasa pahit sikit. Percubaan kedua, dah terror, letak cincau sikit je. Pun dah sedap. Mehlah cuba..

Resepi Milo Ais Dengan Cincau Yang Viral


Bahan-bahan:

Milo
Cincau
Susu pekat
Air batu ketul

Cara menyediakan;


1. Bancuh milo dengan susu dan air panas. Kemudian tambahkan dengan air sejuk

2. Masukkan cincau secukupnya. Jangan banyak sangat.. nanti pahit

3. Akhir sekali masukkan air batu ketul. Kacau rata.

4. Nak lagi sedap dan viral, masa nak minum tabur milo di atasnya. Ummph!!


Itu baru namanya milo ais tabur dengan cincau. Memang ngam dengan tekak. Dan menyihatkan pulak tu..

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments