Header Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | al Qaadir


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Berdoa Dengan Asmaul Husna | al Qaadir



Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Qaadir | 
Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan/ Sentiasa Mampu – Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ia sentiasa berkuasa melakukan apa sahaja menurut kehendakNya. Allah Maha Berkuasa.
Maka berdoalah dengan asmaul husna al Qaadir ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Qaadir

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Qaadir 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Qaadir = 41 kali


Ertinya : 

Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan/ Sentiasa Mampu – Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ia sentiasa berkuasa melakukan apa sahaja menurut kehendakNya. Allah Maha Berkuasa.

a) Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkanlah zikir ‘Ya Qaadir’ sebanyak 305 kali setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil.

b) Sesiapa menyebut ‘Ya Qaadir’ berulang kali, InsyaAllah pasti sedar akan sesuatu kebenaran.

c) Apabila dibaca ‘Ya Qaadir’ sebanyak 200 kali setelah melaksanakan solat sunat dua rakaat, InsyaAllah akan mendapat kekuatan.

d) Jika dibaca ‘Ya Qaadir’ 100 kali selepas menunaikan solat sunat dua raka’at akan menyebabkan musuh-musuhnya direndahkan dan rasa terhina.

e) Bagi memudahkan kerja-kerja yang rumit, zikirkan ‘Ya Qaadir’ sebanyak 41 kali, InsyaAllah akan berhasil.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.