Header Ads

Lunch Dengan Sweetheart Di SDS, AEON Bandar Dato Onn Johor


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Lunch Dengan Sweetheart Di SDS, AEON Bandar Dato Onn Johor
Lunch Dengan Sweetheart Di SDS, AEON Bandar Dato Onn Johor. Hari ni saya rebut peluang "me time" dengan sweetheart atau gula hati saya setelah dah lama tak berbuat begitu. Hujung minggu ni dia dah nak tinggalkan kami lagi untuk persediaan medical degree, di UPM. Walau tak lama iaitu lebih kurang 3 minggu, tetapi ia tetap "away" dari kami. Memang dah biasa kena tinggal sejak dia berusia 13 tahun lagi. Tapi.. itulah namanya pengorbanan seorang anak. Dia suka dia akan pergi, kalau dia tak nak dia akan stay.. itulah my sweetheart. Dia buat apa yang dia suka, kami tak paksa. Kami ibubapa hanya bimbing saja..

Lunch Dengan Sweetheart Di SDS, AEON Bandar Dato Onn Johor

Gambar bawah.. my gula hati yang berumur 19 tahun. Sebelum itu, mari lihat apa yang saya order di SDS Bandar Dato Onn..

- Dory Fish n Chips
- Chicken meatball baked spaghetti
- Iced Teh Tarik
- Chocolate blended
- Cream of mushroom
- Onion Rings
- Cheesy sticks

 

Lunch Dengan Sweetheart Di SDS, AEON Bandar Dato Onn Johor

Memang syok kalau keluar makan dan me time dengan dia ni.. makan atau order apa saja, pasti habis. Haha..

Lunch Dengan Sweetheart Di SDS, AEON Bandar Dato Onn Johor



Lihatlah Fish n Chips saya. Tak terliur ke? Sedap sangat. Saiznya pun besar, tak habis jangan risau. Boleh je dia orang tapaw kan bawa balik. Hehe..


Fish n Chip ikan dorry, sedapnya. Saiz besar, daging ikan lembut dan juicy. Ikan pun tak ada bau hanyir dan sebagainya.


Mushroom soup.. a must eat soup here. I like it. I love it!!


Side menu yang kita orang order...







Alhamdulillah. Syukur kepada Allah sebab bagi rezeki kepada kami untuk makan di sini. Bukan selalu. Sambil makan sambil cerita bisnes. Anak bujang saya ni main forex trading. Ada untung sikit dah boleh beri duit belanja pada adik dia. Tak kedekut. Padahal member belum kerja lagi tapi dah pandai cari duit dari youtube dan sebagainya.

Duhai anak ibu.. berjalanlah di atas muka bumi ini dengan akhlak dan ilmu. Jangan lupa Tuhan yang satu. Cukup itu yang kami mahu, kembaralah. Asal jangan lupa jalan pulang.. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.