Header Ads

Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam. Haii.. kita buat ayam sambal jom hari ni.. sambal ayam yang lembut, sedap, manis, pedas dan berlemak rasanya.. amboi bukan main masuk bakul angkat sendiri, kan?? Siapa lah yang nak puji kalau bukan diri sendiri.

Mari kita buat sambal ayam cara saya, dimakan bersama dengan nasi ayam. Biasanya kita asingkan sambal dengan ayam bila makan nasi ayam biasa tu kan? Kali ni anak-anak nak ayam yang dah direbus dan goreng tu campur terus dalam sambal. Lagu mudah kerja saya. Semua campur dalam sambal, senang nak basuh pinggan nanti.. hehe



Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam


Memang awak nampak merah kan? Merah tu tak pedas nak mati pun sayang.. sesedap rasa je. 


Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam

Nak resepi ke? Kalau nak boleh salin resepinya kat bawah ya..
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam


Nasi ayam tu mudah benor, basuh nasi kemudian guna kuah sup rebusan ayam sebagai ganti air. Sukat macam biasa you all masak nasi tu. Okay, jangan stress ya!

Resepi Cara Masak Ayam Sambal Untuk Nasi Ayam


Bahan-bahan:

1. 1 ekor ayam potong 16 - masak atau rebus macam buat sup. Saya masukkan halia yang ditumbuk dengan 2 bungkus sup bunjut. Kemudian potongkan sikit bawang kecil. Campak dalam sup. Haa.. gitulah..

2. Bila ayam dah empuk. Angkat dan toskan.

3. Kemudian goreng ayam tu ala kadar je, asal jangan bagi dia hancur. Bila digoreng, nanti ayam tu mudah nak dibuat sambal.

4. Tumiskan cili giling (beli dah siap punya) anggaran 1/2 mangkuk. Tumis dengan hirisan bawang dan bawang putih je.. sampai naik bau

5. Masukkan 2 sudu makan sos cili.

6. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata

7. Perisakan dengan garam dan gula, ikut citarasa.

8. Bila semua dah cukup dan ayam dah rata kena sambal, tutup api.

Sambal ayam untuk dimakan dengan nasi ayam dah siap pun.

Sampai ke malam ayam sambal hang tu tetap lembut, sedap, pedas manis, dan amat sedap dimakan dengan nasi ayam. Tak payah salad dengan timun pun tak apa. Makan nasi ayam ala koboi lagi sedap dear...

Sup jangan lupa, ambil baki rebusan ayam tadi. Haishh.. sedapnya. Jom cuba!!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.