Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Larian Kemerdekaan Pulai Merdeka Charity Run 2019

Larian Kemerdekaan Pulai Merdeka Charity Run 2019. Seronok juga berlari pada pagi kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun. Pepagi lagi dari pukul 6.55 dah bersedia bergerak ke sekolah, tempat kita orang nak start larian nanti. Bila sampai sekolah je, aduhaii.. ramainya orang.

Larian Kemerdekaan Pulai Merdeka Charity Run 2019

Acara hari ini dirasmikan oleh YB Lim Kit Siang. Ada beberapa acara sebelum larian dimulakan. Antaranya ucapan perasmian, Fung sui talk dan banyak lagi.





Larian Kemerdekaan Pulai Merdeka Charity Run 2019


Jom layan gambar sebelum larian tersebut. Muka semua comel, kemas je.. lepas larian, hmm.. muka dah macam tak cukup nafas. Haha..

Larian Kemerdekaan Pulai Merdeka Charity Run 2019


Gambar selepas larian Pulai Merdeka charity run 2019.. mula larian pukul 8.00 pagi. Habis dalam 9.30 macam tu.. oklah, tak ada pulak peserta yang kena usung dengan ambulance. Tak kira tua muda atau bangsa.. sama-sama lari demi kemerdekaan yang kifa pilih.









Selepas larian, kita makan-makan, apalagi?? Ya tak. Lari sejauh 5 km tapi lepas tu makan macam tak ingat dunia. Siapa yang salah kalau kita tak kurus-kurus kan??

Akhir sekali, selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke 62 tahun. Selamat bersantai bersama keluarga tersayang. Manfaatkan masa bersama ketika cuti yang panjang ini.

Bye!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close