Header Ads

Resepi Kerepek Bawang Simple


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Kerepek Bawang Simple
Resepi Kerepek Bawang Simple. Kerepek bawang yang share ni bukan macam yang kita makan semasa raya tu. Resepi ini adalah style Indonesia dan saya share dari Pinterest. Dah buat dah.. simple dan sedap. Nak buat untuk breakfast pun boleh. Untuk minum petang pun lagi best!

Cara nak buatnya pun mudah. Kena pandai uli adunan agar tak lembik sangat dan tak keras sangat. Bawang merah pun sederhana je, kalau lebih nanti macam tak rangup la pulak.. (berdasarkan pengalaman saya.. )


Resepi Kerepek Bawang Simple

Resepi Kerepek Bawang Simple

Resepi Kerepek Bawang Simple


Bahan-bahan:

200 gram tepung gandum
50 gram tepung sagu
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
5 butir bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji telur - kacau
2 batang daun bawang - hiris halus
Santan cair secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:


1. Masukkan tepung gandum, tepung sagu dan baking powder, garam dalam satu bekas. Gaul rata dan satukan dengan bawang putih dan bawang merah sekaligus. 

2. Pecahkan telur dan masukkan santan. Kacau sebati hingga adunan jadi macam doh.

3. Uli dengan tangan. Bila doh dah tak melekat di tangan, masukkan pula daun bawang. Satukan dengan doh.

4. Di atas papan uli, tekan adunan hingga leper dan potong empat segi. Atau ikut bentuk yang anda suka.

5. Goreng dalam minyak penuh dan biarkan hingga kekuningan.

6. Angkat dan siap untuk dimakan. 

Kerepek bawang sedap dimakan sebagai makanan ringan tak kira waktu. Hehe.. kalau rasa nak buat minum petang, boleh je.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.