Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Paksa Dirimu Untuk Tahajjud

Paksa Dirimu Untuk Tahajjud. Tahajjud adalah solat sunat di sepertiga malam, khasnya pada pukul 1 tengah malam hingga 5 pagi. Solat tahajjud paling minima adalah dua rakaat. Nak lebih daripada itu, terpulang. Ada cara-caranya. Solat tahajjud hukumnya sunat. Dibuat dapat pahala. Ditinggalkan tak mengapa, tetapi rugilah..

Kenapa kena paksa solat tahajjud? Kenapa solat tahajjud di golongkan dalam kalangan solat sunat yang penting selain solat hajat, solat taubat, dan sebagainya?

Jom kita lihat kelebihan solat sunat tahajjud hinggakan kepada sesiapa yang melaksanakannya, akan dikurniakan ketenangan dan lapang dada serta segala doa dimakbulkan Allah.


Paksa Dirimu Untuk Tahajjud


Pesan ustaz, "Tahajjud perlu dipaksa, sampailah ke tahap kau rasa ianya keperluan, tak lengkap hidup tanpa tahajjud. Dan akhirnya, kau akan temui ikhlas di dalamnya."

Paksa Dirimu Untuk Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Tujuannya adalah:

■ Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
■ Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
■ Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
■ Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
■ Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Kelebihan solat tahajjud:


  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Sumber rujukan;


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close