Header Ads

Resepi Terung Masak Lemak Dengan Udang Galah


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Terung Masak Lemak Dengan Udang Galah
Resepi Terung Masak Lemak Dengan Udang Galah. Dalam seminggu dua ni saya rajin up resepi udang galah kan? Perasan tak? Sebabnya kat rumah ni banyak stok udang galah yang encik suami pancing dari kolam. Memang banyaķ, itu yang kerap masak berasaskan udang galah.


Tapi, udang galah ni sedap kalau masak berkuah, contohnya tomyam, masak lemak cili api, masak berlada, kari dan banyak lagi. Kalau yang besar sangat, kurang sedap rasanya. Kalau saiz sedang-sedang, itu yang sedap. Nak masak apa pun senang. 

Resepi Terung Masak Lemak Dengan Udang Galah

Resepi Terung Masak Lemak Dengan Udang Galah


Jom layan resepi simple terung masak lemak dengan udang galah, dengan cara memasak yang mudah.

Resepi Terung Masak Lemak Dengan Udang Galah


Bahan-bahan:

1 batang terung ungu - potong saiz kecil
10 ekor udang galah - dibersihkan
1 biji Bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
5 - 10 tangkai cili padi - kisar
2 sudu teh serbuk kunyit - kisar
1 kotak santan
Garam dan perisa, jika suka
Minyak untuk menumis

Cara masak terung masak lemak dengan udang galah sedap


1. Kisar semua bahan yang dinyatakan. Tumis dalam kuali, sehingga naik bau

2. Masukkan terung, gaul dan biar terung layu seketika

3. Masukkan udang galah yang telah dibersihkan

4. Seterusnya, masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan air, supaya tak berketul

5. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa, jika suka. Bila dah mendidih, matikan api. 

Sayur lemak terung dengan udang galah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Resepi yang jarang saya buat tetapi bila dah masak, sedap ya Allah. Anak-anak pun suka. Terung ungu ni lemak rasanya, kemudian masak lemak pulak.. lagi naik rasanya. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.