Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap

Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap. Dapat hirup kuah udang galah masak lemak kuning ni pun sedap. Lemak manis. Manis tu datangnya dari rasa udang galah segar tu.. siapa suka masak lemak kuning? Kita geng la ya! Tapi makan udang tai boleh kerap sangat, kerana ia sangat tinggi protein. Boleh sebabkan gout pun ya. So, berpadalah..


Ada banyak cara orang masak udang galah lemak kuning ni. Cara saya masak adalah saya suka hiris je segala bahan, tak kisar pun. Saya suka nampak hirisan kasar bawang, halia dan cili tu. Macam menarik je..

Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap

Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap


Bekalan udang galah kat rumah ni memang tak pernah putus sebab tuan suami suka memancing kolam tiap petang Ahad. Kalau si kecil ada free time, di bawa sekali.

Jomlah kita tengok resepi udang galah masak lemak kuning yang amat simple cara memasaknya. Tapi yang pasti sedap ya!!

Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap

Bahan-bahan:

1 kg udang galah - bersihkan
1 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris halus
3 tangkai cili hijau - hiris
3 tangkai cili padi merah - hiris
2 inci kunyit hidup - hiris
1 kotak santan Kara
1 keping asam keping
Garam secukupnya

Resepi Udang Galah Masak Lemak Kuning Sedap

Cara menyediakan udang galah masak lemak kuning yang sedap


1. Tumis semua bahan yang dihiris, hingga naik bau.

2. Masukkan asam keping dan udang galah yang telah dicuci bersih

3. Tuangkan santan dan kacau rata. Biar sebati. Sampai mendidih.

4. Masukkan garam dan rasa secukupnya.

Hidangan udang galah masak lemak kuning telah siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap.

Oh ya, kalau tak ada kunyit hidup, guna kunyit serbuk pun boleh.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close