Header Ads

Dinner Mee Bandung Di JBorn Kg Melayu Johor Bahru


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Dinner Mee Bandung Di JBorn Kg Melayu Johor Bahru
Dinner Mee Bandung Di JBorn Kg Melayu Johor Bahru. Tak habis lagi kisah dinner kami, jalan-jalan makan malam. Haha.. kali ni Encik suami nak makan mee bandung JBorn pulak, dah lama tak makan katanya. So, lepas maghrib memecut ke Jborn dekat Pandan. Apa dia alamatnya ya. GOOGLE je la ya.. ada juga cawangannya yang lain di Kempas, tapi nak jugak makan mee bandung dia yang kat dengan Pandan ni. Jom try kawan-kawan.. Jborn Kg Melayu..

Kami sampai dalam pukul 8.30 malam. Ramainya orang.. dan kita orang pilih kerusi yang dekat luar. Lebih berangin..


Hmm.. apa kami makan? Saya dan encik Suami order mee bandung Jborn, manakala anak bujang kecil kami order Fried Chicken chop, Fries (lagi..), Ayam goreng madu. Air pula.. vanilla blended, bandung soda, teh tarik, teh ais 3 layer. Oklah.. boleh kenyangkan perut semua boleh. Dan, yang penting halal.


Dinner Mee Bandung Di JBorn Kg Melayu Johor Bahru


Bila on the way tadi, Encik Suami ada call abang ipar ajak join dinner. Depa kata insya Allah, tak janji sebab sedang cari barang kat Pasar Borong Pandan. So, kita orang makan dulu. Mana lah tahu ada rezeki, ngam kita orang habis makan, dia orang pun sampai. Sambung lepak dan makan, sama-sama tunggu abang ipar, kakak, anak sedara dan bonda saya habis makan. Hehe.. rezeki jumpa bonda pulak.. 

Nah layan gambar makanan ya..

Dinner Mee Bandung Di JBorn Johor Bahru

Gambar atas dan bawah, fried chicken chop, dengan salad, kentang goreng, dan sos blackpepper dia. Sedap katanya.. kata anak buah dan anak sendiri.. haha

Dinner Mee Bandung Di JBorn Johor Bahru

Yang bawah ni pic mee bandung Jborn yang meletops! tu rasanya. Memang sedap, fantastik. Ada udang besar 2 ketul, telur separuh masak 1, hirisan daging dengan kuah kacangnya yang tak pekat dan tak cair sangat. Sedang-sedang gitu.. dan disebelahnya pula adalah ayam goreng madu. Not bad..

Dinner Mee Bandung Di JBorn Johor Bahru

Air yang dipesan.. bandung soda, vanilla ice blended, teh ais 3 layer. Hmm.. sejuk sedap..


Gambar bawah ni order yang abang ipar punya.. lamb chop grilled, 2 set mangga pulut. Sedap juga.. habis licin kita orang bedal.



Menawan kan menu-menunya.. hehe, dengan air epal lagi..



Untuk semua hidangan dan air, kami bayar RM173 dan semua orang kenyang. Alhamdulillah.. yang pasti saya suka mee bandungnya. My bonda pun makan habis satu mangkuk tu ya.. 

So, selamat menjamu selera dengan keluarga tersayang. Tak ada saat yang best dan mata mula mengantuk apabila perut dah kenyang. Hehe..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.