Header Ads

Selamat Tahun Baru 2020, Apa Azam Baru Anda?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Selamat Tahun Baru 2020, Apa Azam Baru Anda?
Selamat Tahun Baru 2020, Dengan Azam Baru Terbaik. Selamat tinggal tahun 2019. Selamat datang tahun baru 2020. Telah menjejak wawasan 2020 kita ni ya.. apa cerita? Masihkah kau ingat akan wawasan 2020 itu? Tentu masih dalam ingatan kita kan? Alhamdulillah.. masih lagi diberikan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari hari demi hari dan tahun demi tahun.

Tak lupa saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada seluruh pembaca blog aynorablogs.com.  Semoga pada tahun-tahun mendatang ini blog picisan saya masih mampu berdiri teguh membawa dan memberi manfaat kepada orang lain juga.

Apa azam tahun baru 2020 anda? Antara azam yang pernah saya buat pada tahun-tahun terdahulu dan ada yang tercapai adalah:

1. Berani drive kereta semula - tercapai tahun 2017
2. Belikan hartanah untuk anak sulung pada usia 19 tahun - tercapai tahun 2019
3. Ada syarikat sendiri - tercapai tahun 2013
4. Ada MBA sebelum usia 40 tahun - tercapai pada tahun 2011
5. Menyimpan dalam tabung haji - tercapai dari tahun 2007


Ada banyak lagi azam tahun baru yang saya sematkan dan tercapai setelah berusaha dengan 100 % fokus.

Selamat Tahun Baru 2020, Dengan Azam Baru Terbaik


Selamat Tahun Baru 2020, Apa Azam Baru Anda?


Kalau nak cipta azam baru, ciptalah dengan rasa hati bukan sekadar sebut sesuka hati. Jangan kerana orang lain ada azam baru, kita ikut juga cipta azam. Azam baru seharusnya sesuatu yang dicipta setelah difikirkan segala segi fizikal dan mental serta kemampuan kita untuk melaksanakannya. Bukan cipta azam membuta tuli..

Azam tahun baru saya cuma ada dua;

1. Menjadikan dunia sebagai ladang akhirat.
2. Istiqamah berhijrah setiap hari (sentiasa lebih baik setiap hari dalam segenap segi).

Semoga apa yang saya azamkan itu Allah bantu dan permudahkan. 

Semoga Allah hadirkan takdir yang baik-baik buat saya dan terus dikelilingi oleh orang yang baik-baik juga. Insya Allah.

Jika kita berazam nak jumpa orang baik, buat perkara yang baik.. Allah akan berikan jalannya.

Namun yang pasti, jangan lupa Allah dalam setiap azam yang kita buat. Dahulukan DIA, nescaya DIA ada di mana-mana saat kita jatuh dan bangun demi mencapai azam yang dicipta.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.