Header Ads

Dinner Dengan 3 Kombinasi Menu Terbaik


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Dinner Dengan 3 Kombinasi Menu Terbaik
Dinner Dengan 3 Kombinasi Menu Terbaik. Alkisah nak cari barang sikit di Aeon Mall yang dulunya dikenali sebagai Jusco. Lepas habis shopping, perut terasa lapar. Nak cari nasi jugak, pusing punya pusing nampak KFC, Pizza Hut, A&W Restaurant dan banyak lagi tempat makan western. Ada pula ternampak kelibat menu nasi goreng kat Secret Recipe, terus singgah. Hehe...

Masa tu dah pukul 9.00 malam. Dalam hati fikir, mesti lama nanti order sampai sebab orang agak ramai dalam restoran ni. Tapi order jugak la, sebab dah lapar dan dah lewat makan malam.. 

Tapi, memang salute la. Tak sampai beberapa minit, air dah sampai. Kita orang order Strawberry Chocolate blended, Air bandung selasih dan lemon ais.

Dinner Dengan 3 Kombinasi Menu Terbaik


Untuk menu dinner, kita orang order:

√ Shrimp Oglio Olio
√ Thai Fried Rice
√ Golden Fried Chicken Chop
√ French Fries

Sorry la kalau ada silap sikit pasal menu tu, saya tulis ikut apa saya ingat je.. Haha, Jom la layan gambar di bawah.

Dinner Dengan 3 Kombinasi Menu Terbaik


Ini menu yang saya order, tekak nasi nak jugak order nasi goreng thai.. sedap sangat. Macam kita masak kat rumah.. haha

Dan kombinasi air yang kita orang order. Berwarna warni tak? Cantik kan.. dan sedap you alls..

Dinner Dengan 3 Kombinasi Menu Terbaik





Masa nak order menu Shrimp Oglio Olio ni, waitress kata pedas sikit. Tapi bila nak makan tak pedas pun. Redha je la..

En Suami makan tak habis, tak kena citarasa dia. So, tukar ambil saya punya nasi goreng thai. Hehe..



Gambar last ni adalah air bandung selasih. Tak manis sangat dan nyaman je bila masuk kat tekak..

Gitulah kisahnya keluarga kecil kami makan dinner di restoran yang jual semua menu samada western, italy, kampung style dan banyak lagi. Hehe..

Semoga dapat manfaat ya.

1 comment:

  1. perghhh memang menggoda. meleleh ayaq liur dibuatnya. kekekeke

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.