Header Ads

Luka Yang Paling Menyakitkan Dalam Hidup Ini


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Luka Yang Paling Menyakitkan Dalam Hidup Ini
Luka Yang Paling Menyakitkan Dalam Hidup Ini. Pernahkah kamu merasa bersendirian dalam lingkungan yang ramai? Pernahkah rasa kesepian dalam kesibukan menguruskan kerjaya? Pernahkah kamu merasa kosong saat kamu telah memenuhi setiap genap kehendak dan cita-cita? Lalu, mengapa kamu masih terasa luka dan bersendirian setelah semuanya kamu kecapi? Dimanakah silapnya? 

Luka itu amat terasa. Kamu masih berasa sedih, luluh, kehilangan dan bermacam rasa lagi walau semunya telah terpenuhi. Ke mana kamu nak pergi? Haruskah kamu berpaling ke belakang, mencari harga diri yang sebenar? Perlukah kamu kenangi masa silam? Atau teruskan perjalanan dalam kesepian dan bersendirian??

Luka Yang Paling Menyakitkan Dalam Hidup Ini


Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, tetapi menjadi orang yang diabaikan. kehilangan orang yang sangat kita cintai, lantaran berubah menjadi seseorang yang tidak peduli denganmu sama sekali. ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta …. dan tidak mengundangmu sama sekali. saat orang yang paling kau sayangi di dunia ….. dengan sengaja tidak mengundangmu menghadiri perayaannya, sehingga membuat orang berfikir kamu tidak peduli. 


Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, tetapi menjadi orang yang dilupakan. menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik. menjadi orang yang tidak mempunyai kawan, walau hanya sekadar untuk saling menyapa. Ketika kau melihat orang yang ada di lubuk hatimu yang paling dalam mentertawaimu di depan wajahmu. Ketika kau memerlukan seseorang untuk memacu semangatmu, tapi kau menyedari bahawa hanya seseorang yang masih peduli denganmu iaitu …….. kamu sendiri. 

Hidup memang penuh penderitaan, tapi akankah ini terbaik??? akankah semua orang saling peduli, dan menyediakan waktu untuk mereka yang memerlukan ? Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan di panggung yang besar yang kita sebut kehidupan. Setiap orang punya kewajipan terhadap lingkungan sekitarnya untuk mengatakan bahawa kita menyayangi mereka. Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau tidak mempedulikan kawan-kawanmu. Kau hanya akan diabaikan…… dilupakan….. seperti yang telah kau perbuat terhadap mereka!! . 

Ingatlah, begitu kita memasuki kehidupan (seseorang), kita tidak dapat menilai kesedihan, kesepian atau keputus-asaan orang hanya dari ekspresi muka/fizikal. Kita perlu mengenalnya lebih dalam lagi, menghargai mereka, dan tunjukkan kepada mereka kita peduli dan menyayangi dia... 

Sumber sebahagian dari,
#IbnuSunari 
#CambukHati 
#KiyaiFattah 
#NotaQolbu


Semoga membawa manfaat kepada kita semua dan renungkan bersama-sama dalam perjalanan ini. Ketepikan rasa ego dan sombong. Kerana, dalam perjalanan di dunia ini, kita tak boleh berseorangan. Kerana luka dilupakan oleh orang yang kamu sayangi amat memeritkan. Saling berkasih sayang dan berhubung, kelak kesepian dan bersendirian tidak lagi jadi dalang dalam memburu bahagia.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.