Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Qunut Nazilah Disaat Kita Di Landa Musibah

Doa Qunut Nazilah Disaat Kita Dilanda Musibah. Saat dan ketika ini, kita tahu Palestine sedang menghadapi serangan demi serangan dari Israel. Sebagai umat islam yang sama tujuan dan pegangan, marilah sama-sama kita berdoa untuk keselamatan, keamanan dan kemenangan mereka walau kita tak mampu berada bersama mereka pada ketika ini. 

Dalam negara kita pula antara cara yang diusahakan adalah dengan menggesa semua surau, masjid dan orang perseorangan untuk membaca doa Qunut Nazilah iaitu doa khas jika negara sedang dilanda musibah. Ini antara saranan Menteri Agama Dato' Dr Zulkifli al Bakri. Cara nak laksanakan doa qunut Nazilah boleh di baca pada akhir entri ini.

Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid-19

Doa Qunut Nazilah Disaat Di Landa Musibah 


Jom reramai kita doakan untuk Malaysia dan seluruh dunia amnya;

Doa 1;


DOA QUNUT NAZILAH:

 
Maksudnya,

 “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Doa 2;


اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
‎اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين
‎اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام
‎وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أجمعين

Cara laksanakan Doa Qunut Nazilah


1. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

2. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

3. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:

Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.


-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.



Berikut dari FB MAIWP, di nyatakan beberapa hukum hakam qunut nazilah secara ringkas :

● Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (seperti solat Zohor dan solat Asar) atau solat al-jahriyyah (seperti solat Subuh, Maghrib, dan Isya’).

● Qunut nazilah hanya disyariatkan di dalam solat-solat fardhu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.

● Boleh dibaca di dalam solat fardhu berjemaah mahupun solat fardhu secara bersendirian. Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca secara perlahan.

● Dibaca pada rakaat solat yang terakhir, semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’.

● Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah kerana ia bukan termasuk di dalam sunat ab’aadh.

● Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.

● Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close