Hari ini saya nak buat jemput-jemput manis kegemaran bujang kecil saya. Asalkan benda manis memang dia suka. Tak elok dilayan sangat nanti terkena mudarat pulak kat dia. Sesekali tak apa,, setahun sekali je. Hehe
![]() |
Jemput-jemput manis gaya bebas, Ada besat kecil dan pelbagai Bentuk.. 😘😘 |
Resepi Jemput-Jemput Manis Gaya Bebas
Nak resepi ke? Ala jemput-jemput je pun. Budak 6 tahun pun pandai buat, ya lah.. Dah dari kecil mak bapak dah ajar makan. Itulah resepi paling mudah dan semua orang boleh buat. Nah ni bahan-bahan nak buat cucur manis semanis madu..
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula - kalau nak manis lebihkan
1 sudu makan baking powder
Air secukupnya - dilarutkan dengan 2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat jemput-jemput manis gaya bebas
1. Semua bahan disatukan dalam mangkuk. Adun hingga sederhana cair, biar dalam 1/2 jam
2. Panaskan minyak.
3. Gunakan sudu atau hujung jari untuk masukkan tepung di tepi kuali. Seret tepi kuali. Sebab gaya bebas kan.. Hehe
4. Bila dah masak atau kekuningan, angkat jemput-jemput dan toskan minyaknya.
5. Biarkan seketika. Boleh dihidangkan dah..

Mudah sangat kan? Jemput-jemput manis gaya bebas ni hasilnya macam dalam gambar. Semua rupa ada, tak de la bulat-bulat. Sebab tu saya buat seret tepi kuali.
Selamat mencuba. Saya suka cucur yang warna hitam sikit, lebih sedap dan rangup. Tak bermakna hitam tu tak sedap ya.. 😀😀😀
Anak bongsu saya cukup suka cekodok pisang. Hari tu ada buat .. bertahan dua hari ... haha
ReplyDeletePost a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.