Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biodata Dan Latar Belakang Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar

Biodata Dan Latar Belakang Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar. Kenalkah anda dengan nama yang dituliskan ini? Pernah tak korang terlihat ceramahnya di youtube? Ada kan? Ada banyak. Kalau nak senang google je nama dia kat internet, pasti ada dari ratusan carian yang keluar. Secara umumnya saya mengenali sosok nama Habib Ali Zaenal Abidin apabila ramai yang share siri ceramahnya di media sosial seperti youtube, instagram, facebook, twitter dan lain-lainnya. Memiliki wajah yang tenang dan akhlaknya menyejukkan mata. Betapa halus lembut tutur kata tetapi kalimah yang disampaikan bagai tertusuk terus ke dalam hati. Begitulah secara umum pandangan saya terhadap beliau melalui pelbagai ceramahnya.

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar juga terkenal dengan siri jelajah selawat Nabi SAW di mana satu masa dahulu beliau pernah dianggap terlalu mengagungkan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sedangkan berselawat ke atas Nabi itu adalah amat digalakkan ke atas umat Muhammad demi mendapatkan syafaatnya di akhirat kelak. Wallahu'lam.

Biodata Habib Ali Zaenal Abidin


Nama penuh / Nasab beliau:

Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar

Gambar Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:-

Tahun 1974 – 1992

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
▶️ Ustadz Hasan Baharom
▶️ Ustadz Soleh Bal As’ad
▶️ Ustadz Abdul Hamid
▶️ Ustadz Soleh Bin Agil
▶️ Ustadz Ahmad Barakwan
▶️ Ustadz Husin Bin Abu Bakar

dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

Tahun 1993 – 1995

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
✅ Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
✅ Al Habib Ali Masyhur
✅ Al Habib Salim As Syatiri
✅ Al Habib Hasan As Syatiri
✅ Al Habib Abdullah Bin Syihab
✅ Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
✅ Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
✅ Syeikh Fadal Ba Fadal
✅ Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
✅ Syeikh Umar Husain Al Khatib
✅ Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
✅ Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
✅ Habib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

Tahun 1996 – 2001

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim

2. Dr. Saad Jawish

3. Dr. Ali Jum’ah

4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

Tahun 2002- Sekarang

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Alhamdulillah, beliau telah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters).

Secara ringkasnya perjalanan Pendidikan beliau adalah seperti berikut:

✅ 1993 – 1995 - Dar al Mustafa, Tarim, Yaman.
✅ 1996 – 2001 - Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin), Universiti Al-Azhar, Mesir.
✅ 2001 – 2006 - Ijazah Sarjana (Al-Quran & As-Sunnah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
✅ 2017 – Kini - PhD dalam bidang (Al-Quran & As-Sunnah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PENGLIBATAN DAKWAH MELALUI KHIDMAT MASYARAKAT:


1. Ahli Panel Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI), JAKIM.

2. Penaung Madrasah At-Tazkiyah.

3. Penasihat Utama Pertubuhan Kebajikan Darul Murtadza, Kuala Lumpur.

4. Pembimbing Majlis Ta’lim Darul Murtadza.

5. Pembimbing Majlis Ta’lim Madras An Nur.

6. Pembimbing Jalsah Isnin di Surau Putra Al Amin, Putrajaya.

7. Penceramah Pengajian Kitab Syamail Muhammadiyah di Pertubuhan Muhibbin Melaka.

8. Pembimbing Majlis Tafaqquh Ilmi Johor.

9. Pembimbing Majlis Hadyun Nabawi Singapura.

PENGLIBATAN DAKWAH MELALUI MEDIA:


1. Penceramah dalam rancangan Fiqhus Sirah, Hayatur Rasul sebanyak 20 episod di Radio IKIM pada tahun 2013

2. Penceramah rancangan Muhammadku di TV3 sebanyak 13 episod pada tahun 2013.

3. Penceramah rancangan Taman Syurga TV Al-Hijrah sebanyak 80 episod pada tahun 2015


Rujukan sumber;

1. https://darulmurtadza.com/habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid-3/

2. https://muwasolahsg.com/biography-habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid/

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close