Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

3 Malaikat Menjaga Kita Bila Membaca Doa Ini

3 Malaikat Menjaga Kita Bila Membaca Doa Ini. Bacalah doa sebelum memulakan sesuatu kerja. Kerana setiap pekerjaan yang didahulukan dengan mengingati Allah, maka Allah akan ada bersama dengan kita pada setiap perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan. Insya Allah, dengan yang demikian pekerjaan tersebut diberkati olehNya.


Bacaan doa yang diamalkan selalu umpama satu peringatan kepada kita untuk sentiasa mendahulukan Allah dalam segala urusan. Kita serahkan segala urusan hidup dan mati kita kepada Allah. Jalani yang lain dengan tenang. Pertolongan Allah akan datang tanpa diundang.

3 Malaikat Menjaga Kita Bila Membaca Doa Ini


Doa apakah yang dimaksudkan itu hinggakan 3 Malaikat datang menjaga kita dan bukankah itu membuatkan kita rasa selamat.?

Inilah doanya.. iaitu doa memulakan perjalanan. Atau ada orang sebut doa keluar rumah. Senang aje doanya..

Bismillahi tawakkaltu 'alallah
Walaahawlawalaa quwwata illa biillahil
'aliyyul 'adziim..

Gambar 3 Malaikat Menjaga Kita Bila Membaca Doa Ini

3 Malaikat yang menjaga kita dari segi:

1. Malaikat pertama ditugaskan oleh Allah untuk beri petunjuk
2. Malaikat kedua ditugaskan untuk cukupkan rezeki
3. Malaikat ketiga ditugaskan untuk melindungi kita

Ya Allah.. sayangnya Allah pada kita. Bila kita ingat Dia dalam setiap urusan, Dia akan hantarkan pertolongannya dari pelbagai sudut. Dan, kadang-kadang dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Justeru, kena yakin dan percaya atas kekuatan doa kerana apabila kita mula mengangkat tangan berdoa, Allah tak akan membiarkan ia kembali dengan tangan kosong. Doa kita akan ditunaikan, cuma cepat atau lambat je..

Tugas kita hanyalah terus berusaha dan tetap menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Okay.. salam ilman hati❤

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah.. Smeoha kita semua menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Selamat dunia dan akhirat. Aminnn

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close