Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Brownies Dan Pecan Butterscotch Sedap Dari Mamasab Bakery

Beli Brownies Sedap Dan Lembut Dari Mamasab Bakery. Siapa tak kenal dengan Mamasab Bakery yang terkenal tu? Kalau anda peminat tegar brownies, anda memang akan terbiasa dengan segala macam kek dan browniesnya. Kalau nak kata iklan dia, memang merata la, dalam instagram, dalam group Whatsapp dan FB semua ada. Bila lihat segala macam kek yang sedap-sedap, memang teringin nak order semua. Tapi apa kan daya, duitnya pun pandai memilih.. hehe

Mamasab Bakery memang terkenal dengan kepakaran dalam bakery. Banyak anugerah telah dimenangi antaranya NONA Best Growing Awards F&B 2018. Nama founder dia Sabrina ya.. tu yang terhasil Mamasab Bakery. Dan, untuk seluruh Malaysia, Mamasab ada agen yang menjual segala kek dan cookies yang amat sedap dan menarik sekali.


Beli Brownies Sedap Dan Lembut Dari Mamasab Bakery


Oh ya, saya beli brownies dan Pecan Butterscotch dari agen Mamasab Bakery ya. Tulisan ini bukan promosi sekadar perkongsian apa yang saya beli dan berpuashati.  😘😘

RELATED:
✔✔ Resepi Brownies Milo Kedut Sukatan Cawan Yang Sedap

Jom layan gambar-gambarnya ya..

Beli Brownies Dan Pecan Butterscotch Sedap Dari Mamasab Bakery

Gambar atas dan bawah, brownies dan pecan butterscotch saiz 7 inci. Amacam? Menarik tak? Kalau anda nak tau, rasanya amatlah sedap. Brownies tu lembut sangat dan manis sesedap rasa. Pecan butterscotch tu atas dia karamel crispy dengan buah badam, kalau tak silap.

Beli Brownies Dan Pecan Butterscotch Sedap Dari Mamasab Bakery

Gambar brownies

Ada 28 hiris brownies yang mudah nak makan, masuk mulut sekali ngap terus habis. Hehe..

Gambar Pecan Butterscotch


Gambar atas ni adalah kotak brownies dan pecan butter yang saya beli. Kotak warna pink dan cantik.

Harga kedua-dua manisan di atas adalah RM65.00 dan ada caj delivery jika anda melanggan secara online. Hantar sampai depan rumah. Caj online bergantung kepada jarak sesuatu tempat dengan kedai kek tersebut. Dan kalau naik kereta pun caj berlainan daripada menggunakan motor. Itu pun kena consider tau..

Yang penting barang di order sampai seperti dijanjikan. Semua pihak gembira dan puas hati.

Itu je cerita kami, kisah santai je..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. wahhh sedapnya. nampak rich with coklat la brownies dia

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close