Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler

Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler. Haha.. mana tak giler, pedasnya memang terbaik! Pedas tapi sedap. Siapa yang tak tahan pedas giler memang tak boleh telan. Nasi goreng pedas giler ni memang saya order macam tu. Lepas tu masa hantar air saya order, dia orang siap tambah satu gelas ais kosong.  Standby gitu.. haha, macam perli kita kan?? Apa nak kisah, yang penting nasi goreng kampung pedas giler saya buat pedas-pedas tau..

Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler

Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler


RELATED ... Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas ... selanjutnya

Nampak tak taburan ikan bilis atas tu? Memang sedap, tak masin dan rangup. Comel kecil je saiz dia, senang makan. Kemudian, seimbangkan dengan nasi goreng kampung pedas giler, awesome sangat!

Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler


Selain nasi goreng kampung, kami order nasi goreng USA dan juga chicken chop. Jom layan gambar, biar korang rasa terinspirasi sikit.. 😅😅😅


Set mango float dan chicken chop ni si kecik bongsu yang punya. Nampak menyelerakan air tu kan? Jangan tertipu okay.. atas manis bawah masam.. haha, tapi si kecik redha je sebab mati-mati dia nak order yang itu.. haha

Tapi chicken chop tu memang sedap. Nama dia mini chicken chop, seketul je. Tapi saiz boleh tahan besar. Kenyang makan, alhamdulillah.



Untuk milo float dan nasi goreng USA, kedua-dua nya hero besar yang punya. Nasi goreng USA nya pun sedap, terutamanya daging masak merah dia. Terbaik lah!

Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler


Sebenarmya ada lagi side order kami iaitu keropok lekor rangup kebabom, yang bulat-bulat gemuk tu tapi rangup uolss.. makan masa panas, memang sedap. Tapi kalau dah sejuk adakah dia mengecut dan liat? Tak tahu lah, tak sempat tunggu sejuk dah licin dikerjakan. Hehe..

Lagi satu, kami order kentang goreng sebab nampak kentang goreng kat chicken chop si kecik macam sedap. Mintak sikit tak bagi, kita order la lagi. Apa ada hal.. kan...

Untuk kesemua yang kami dinner malam ni, kosnya RM32.50. Mahal atau murah? Korang rasa? Kita orang siap tanya semua ni betul ke, cashier kata betul. Hmm.. kami rasa macam murah. That's why kita tanya, takut ada yang belum masuk bill.. hehe

Alhamdulillah.. semoga perniagaan mereka yang sederhana begitu tetapi memberi impak kenyang pada kami sekeluarga, akan bertambah melimpah ruah rezekinya seperti air zam-zam yang tak pernah berhenti mengalir.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments