Header Ads

Lunch Masakan Kampung Daging Salai Lemak Cili Api


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Lunch Masakan Kampung Daging Salai Lemak Cili Api
Lunch Masakan Kampung Daging Salai Lemak Cili Api. Lemak cili api daging salai, lama dah eden mencari baru sekarang dapat berjumpa. Akhirnya lunch tadi dapat makan daging salai lemak cili api yang pedas tebabo! Haha.. pedas terbakar beb! Saya ke yang masak? Tak lah.. makan kat luar uols sebab hari ni dapur cuti. Puas hati dapat makan menu masakan kampung yang variasi pada harga yang berpatutan.

Kalau nak masak sendiri memang berpeluh eden, macam-macam lauk nak kena sedia mesti perlukan masa yang lama di dapur. Huhu.. memang tak penyabar la saya. Masak 2 lauk pun dah rasa berpeluh semua.. dengan nak basuh pinggan mangkuk kotor, mana nak mop lantai dan dapur lepas masak.. sesekali kita kasi off itu dapur. Licin berkilat gitu...


Lunch Masakan Kampung Daging Salai Lemak Cili Api


Selain dari daging salai lemak cili api, dalam menu masakan kampung yang kami order termasuklah siakap asam pedas, ikan keli goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Ayam goreng pun ado uols.. harga semua pakej ni RM70. Untuk 2 orang makan. Tetapi boleh makan 5 orang sekali.. oh ya, air minuman lain harga..

RELATED ... Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Lazat

Meh layan menu masakan kampung ketika lunch siang tadi..

Lunch Masakan Kampung Daging Salai Lemak Cili Api

Gambar atas dan bawah ni adalah set pertama yang kami order. Set ini mengandungi 4 menu iaitu asam pedas ikan siakap 2 ketul, ayan goreng 2 ketul, ulam raja, daun pegaga dan sambal belacan.



Manakala, set yang di atas dan di bawah ni pula mengandungi daging salai cili padi, ikan keli goreng 2 ekor, ulaman dan sambal belacan.

Lunch Masakan Kampung Daging Salai Lemak Cili Api

Uols tengok sambal belacan ni simple sangat kan?? Tapi rasanya.. anak bujang I kata marvellous!! Hehe.. nanti balìk dia nak buat sambal simple gitu, katanya.. hehe

Lunch Masakan Kampung Daging Salai Lemak Cili Api

Uols nampak tak lemak cili api yang kuning menyala tu?? Dalam tu la daging salai lemak cili api dia..pedas sungguh!! Tapi kami semua suka.. hehe

Nama restoran ni The Dulang Cafe. Masa dia orang hantar hidangan ni memang bubuh dalam dulang, itu lah trademarknya nama "Dulang" diberi..

Air juga not bad.. semuanya sedap. Alhamdulillah. Terima kasih kat Encik suami yang belanja kita orang makan.. lain kali kita makan berdulang-dulang lagi yea..😍😍😍

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.