Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Bubur Chacha Warna Warni

Resepi Bubur Chacha Warna Warni. Lama dah anak bujang saya minta masakkan bubur chacha yang warna warni tu. Tepung chacha dah beli, tapi nak buatnya tu ada je halangan. Halangan terbesar adalah malas. Bila dah MALAS, semua kerja tak jadi! Korang jangan ikut perangai saya yang suka bertangguh bila bab masak ni tau. Nanti ada yang kempunan. Tapi bila orang ajak pegi shopping, saya laju je. Tak tangguh walau sesaat.. hehe

Bubur chacha ni biasa yang masak youtuber masakan dari seberang, iaitu Indonesia. Banyak video saya tengok, menunjukkan cara memasak bubur chacha, ada yang campur nangka, keledek oren dan ungu, dan ada juga yang buat bubur chacha dengan pisang. Terpulang pada cara dan citarasa masing-masing.


Gambar Resepi Bubur Chacha Warna Warni

Resepi Bubur Chacha Warna Warni 


Bubur chacha warna warni ni adalah permintaan anak bujang sulung saya yang comel sado tu.. hehe, katanya teringat saya pernah masakkan dia masa dia tingkatan 5 dulu. Touching tu dia masih ingat rasanya.. haha

Bahan-bahannya:

1 bungkus tepung chacha warna warni - rebus hingga masak, toskan
1 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir - kalau dah manis kurangkan sukatan gula
3 sudu makan biji sagu - rendam seketika
2 biji keledek oren - potong dadu
1 cawan santan - bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam

Cara penyediaan bubur chacha warna warni yang sedap


1. Panaskan 2 cawan air hingga mendidih.

2. Masukkan gula melaka dan masak hingga cair. Kemudian masukkan gula pasir, kacau hingga larut. Jangan lupa masukkan daun pandan tadi.

3. Masukkan santan pula, kecilkan api. Kacau seketika. Bila santan telah mendidih, masukkan keledek, sagu biji dan tepung chacha yang telah direbus tadi. 

4. Biar keledek masak. Masukkan secubit garam sebagai penambah rasa bubur chacha anda.

5. Rasa manis bubur chacha, jika kurang manis boleh tambah gula. Ikut citarasa.

Gambar Resepi Bubur Chacha Warna Warni


Siap! Bubur chacha warna warni anda telah siap untuk dimakan. Bau tepung chacha bila dicampur dengan gula melaka dan daun pandan telah menaikkan satu aroma yang harum dan lembut. Memang sedap!!

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. sedap ni.. bubur chacha. letak semua ubi potong dadu warna warni & letak chacha warna warni. best ni..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close